Organisasi masih belum bersedia mendepani risiko yang dibawa oleh pengkomputeran kuantum, kata Naib Presiden IBM bagi Eropah dan Afrika, Alessandro Curioni kepada AFP pada Rabu, merujuk kepada teknologi berasaskan kelajuan tinggi yang mampu memecahkan enskripsi keselamatan dan membolehkan serangan siber berskala besar berlaku. “Jika anda melihat dunia hari ini, berapa banyak organisasi yang telah…
Saham Merosot, Netflix Bakal Membuang Seribu Pekerja
Netflix bakal memotong kira-kira 1,000 pekerjaan, atau 6 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya, menurut laporan media AS pada Rabu, berikutan platform penstriman tersebut yang mengalami pertumbuhan lebih perlahan. Apabila dihubungi oleh AFP, syarikat berkenaan tidak memberikan maklum balas secara serta-merta. “Misi kami, untuk menghiburkan dunia adalah sangat ambisius, dan bagi merealisasikannya, kami perlu berdisiplin…
WhatsApp Kini Benarkan Sesiapa Sertai Panggilan Tanpa Akaun, Percuma Tanpa Had Masa
WhatsApp kini memperkenalkan ciri panggilan tetamu (guest calling) yang membolehkan pengguna menjemput sesiapa sahaja menyertai panggilan, termasuk individu yang tidak mempunyai akaun WhatsApp. Melalui ciri ini, tetamu boleh menyertai panggilan secara percuma tanpa perlu mendaftar akaun WhatsApp. Panggilan turut disulitkan hujung ke hujung dan tidak mempunyai had masa. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu membuka…
Tak Lama Selepas Sony Berjaya Tutup Kedai Cetak Rompak PS5, Klon Lain Pula Muncul
Sony dilaporkan berjaya menutup sebuah platform cetak rompak PlayStation 5 yang dikenali sebagai Overdrive, iaitu sebuah kedai tidak rasmi yang menawarkan akses kepada lebih 1,600 permainan PS4 dan PS5 untuk pengguna konsol yang telah jailbreak. Menurut laporan, repositori asal projek tersebut di GitHub juga telah dipadam, dipercayai selepas tindakan undang-undang atau notis henti daripada Sony…
Indonesia Cadang Beri Telefon Percuma – Setiap Peranti Dilengkapi Akaun Digital
Indonesia merancang untuk mengagihkan telefon secara percuma bagi memudahkan orang ramai mengakses perkhidmatan digital kerajaan, termasuk untuk penyaluran bantuan sosial melalui akaun digital. Memetik laporan Kompas, cadangan itu didedahkan oleh Utusan Khas Presiden Indonesia bagi Iklim dan Tenaga, Hashim Djojohadikusumo, ketika menghadiri Prasasti Indonesia Policy Forum 2026 di Jakarta pada 13 Oktober lalu. “Setiap warga negara…
UniSHAMS Dan TP-Link Malaysia Jalin Kerjasama Lahirkan Bakat Teknologi Masa Depan Negara
TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (TP-Link Malaysia) memeterai kerjasama strategik menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) selama tiga tahun bersama Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) sebagai memperkasakan pembangunan bakat teknologi negara. Inisiatif ini bertujuan merapatkan jurang antara akademia dan industri menerusi pelbagai program praktikal. Menerusi kolaborasi ini, para pelajar UniSHAMS bakal mendapat pendedahan…
