Untuk pengetahuan anda, alamat IP (IP Address) merupakan satu pengecam yang terdiri daripada barisan nombor yang unik iaitu XXX.XXX.XXX.XXX dan ia dijadikan sebagai nombor siri dalam setiap subrangkaian, domain dan nod komputer. Analogi bagi alamat IP ini adalah seperti alamat rumah yang akan membawa surat yang mewakilkan signal rangkaian ke tuan rumah iaitu peranti-peranti seperti…
Apple Kekal Guna Modem 5G Qualcomm Untuk Beberapa Tahun Lagi
Qualcomm dalam persidangan laporan kewangan hari ini memaklumkan Apple melanjutkan perjanjian pelesenan cip modemnya sehingga Mac 2027. Perjanjian itu dilanjutkan selama dua tahun tambahan daripada perjanjian sedia ada. {suggest} Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah berusaha untuk membangunkan cip modem 5G sendiri. Ia bagi mengelakkan Apple bergantung pada Qualcomm untuk cip 5G. Namun, langkah…
Semak Saman Di MyBayar Sekarang, PDRM Sedang Tawar Diskaun 50%
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan, sempena Hari Terbuka Putrajaya (POD) 2024 yang diadakan pada hari ini sehingga 4 Februari 2024, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran kompaun saman trafik sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih, bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, bermula jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang. Orang ramai dinasihatkan…
Peranti Starlink Kini Boleh Dibeli Di Harvey Norman
Sebagai pengedar sah Starlink di Malaysia, Harvey Norman mengumumkan pengguna kini boleh membuat pembelian peranti internet satelit itu melalui rangkaian kedainya atau secara dalam talian. {suggest} Harvey Norman menawarkan Standard Kit Starlink pada harga RM2,300. Prapesan boleh dilakukan sejak 30 Januari 2024 dan akan tersedia mulai 6 Februari 2024. Namun, ia hanya terhad kepada satu…
Tanpa Kad Grafik Pun, Cip Baharu AMD Mampu Capai 132fps Dalam Permainan
AMD baru sahaja mengeluarkan barisan APU baharu mereka, Ryzen 8000G iaitu CPU dengan GPU bersepadu yang lebih besar. Penanda aras awal menunjukkan cip pemproses Ryzen 8700G menawarkan prestasi permainan yang menakjubkan tanpa memerlukan kad grafik berasingan. Pemain boleh mencapai secara amnya antara 50-120fps (bingkai/saat) pada tetapan paparan 1080p dengan tetapan perincian visual sederhana dalam permainan….
PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan penipuan yang menggunakan modus operandi menghantar ‘arrest warrant’ atau waran tangkap palsu melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. {suggest} Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, waran tangkap itu didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya. Kononnya, satu arahan telah dikeluarkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan segera…
