Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Pencil Baharu Diperkenal Dengan Port USB-C Tersembunyi, Harga Mampu Milik

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Diterbitkan Mac 14, 2024 oleh Athirah Isa

iPad mungkin tidak begitu popular dalam kalangan pengguna Apple tetapi ia masih ada segelintir peminatnya tersendiri.

Biasanya, iPad digunakan untuk tugasan produktiviti seperti melukis atau mencatat nota. Jadi, bagi anda yang tercari-cari, aplikasi apa yang seronok dan terbaik untuk membuat nota untuk iPad, teruskan membaca.

Apple NotesĀ 

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Setiap pengguna iPad akan didatangkan dengan aplikasi Apple Notes secara percuma untuk mencatat nota. Mungkin ada yang rasa ia aplikasi biasa sahaja tetapi untuk kebanyakan masa, aplikasi Notes ini sebenarnya agak baik.

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota
3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Terdapat beberapa fungsi lukisan yang tersedia untuk ditambahkan ke dalam nota lakaran atau grafik.

Keistimewaan yang disukai oleh pengguna Apple adalah mendapat manfaat daripada iOS sepenuhnya. Contohnya, pengguna iPad masih boleh mengambil nota daripada mana-mana produk Apple dan nota itu akan disegarakkan (sync) kepada semua produk Apple yang dilog masuk akaun Apple ID.

Bukan itu sahaja, Apple Notes juga mudah dan sentiasa disandarkan (backup) ke dalam iCloud.

Good Notes 6

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Seterusnya, aplikasi iPad yang mudah untuk digunakan adalah Good Notes 6. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan aplikasi ini. Ia merupakan aplikasi yang cukup popular dalam pengguna iPad.

Untuk Good Notes 6 ini, ia sudah ada ciri AI yang boleh digunakan juga. Selain itu, antara kelebihan lain dalam aplikasi ini adalah ia mempunyai banyak templat (banyak yang berbayar).

good notes
good notes

Namun, perlu diingatkan yang anda perlu membuat pembelian aplikasi jika mahu merasai pengalaman penggunaan lebih menyeluruh. Ia hanyalah sekali bayaran.

Nak guna secara percuma pun tidak ada masalah cumanya “buku nota” yang anda boleh buat serta ciri ditawarkan adalah terhad.

Buat pengetahuan anda lagi, aplikasi Good Notes ini juga sudah ditawarkan untuk peranti Android.

Microsoft One Note

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Akhir sekali, Microsoft One Note mempunyai fungsi yang tersendiri. Salah satu fungsi yang wujud dalam aplikasi ini adalah mempunyai garisan di setiap muka surat untuk memudahkan pengguna menyusan nota dengan kemas.

3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota
3 Aplikasi iPad Terbaik Untuk Membuat Nota

Tambahan pula, terdapat satu carian yang membantu pengguna untuk membuat carian nota secara spesifik perkataan dan melihat nota dari pelbagai peranti.

Aplikasi ini menyediakan alat yang bermanfaat kepada semua orang termasuk pekerja dan pelajar seperti menambah grafik, menaip dan rakaman suara pada nota tersebut.

Berkaitan

  • Ini 10 Permainan Percuma Dan Aplikasi Berbayar Paling Popular Di iPhone Dan iPad 2023
  • iPad Pro Model Terbaharu Mungkin Menyokong Pengecasan MagSafe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY