HONOR MagicBook Art 14 turut dilancarkan hari ini bersama-sama Magic V3 dan MagicPad 2. Sama seperti dua peranti lain, komputer riba ini juga nipis dan ringan. Spesifikasinya juga adalah mirip dengan pasaran China. Ia hadir dengan skrin OLED 14.6 inci bernisbah 3:2, beresolusi 3.1k dan kecerahan 700 nit. Selain itu, bezel skrinnya juga nipis dan…
HONOR MagicPad 2 Rasmi – Snapdragon 8s Gen 3, 8 Pembesar Suara
Selain telefon lipat Magic V3, HONOR turut melancarkan tablet terbaru mereka, iaitu HONOR MagicPad 2. Seperti Magic V3, tablet ini juga nipis dan menampilkan bahan fiber daripada gred aeroangkasa untuk ketahanan. Ia hadir dengan skrin sebesar 12.3 inci OLED beresolusi 3000×1920 dengan kadar segar semula 144Hz dan puncak kecerahan 1600 nits. Bezel paparannya juga nipis…
HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999
HONOR hari ini melancarkan telefon lipat paling nipis dan ringan terbaru mereka untuk pasaran global dan juga Malaysia, iaitu Magic V3. Telefon lipat ini berkelas andalan dengan menawarkan spesifikasi sama di pasaran China menerusi cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan bersama memori 12GB RAM + 12GB RAM Turbo dan storan dalaman sebesar 512GB. Skrin…
Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini – Gobind
Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation dijangka akan mula beroperasi November ini. Menteri Digital Gobind Singh Deo memaklumkan semasa mesyuarat Kabinet dua minggu lalu, kerajaan telah meluluskan cadangan untuk menubuhkan Pejabat AI Kebangsaan. Gobind berkata salah satu fokus utama pejabat AI Kebangsaan adalah untuk merangka ekosistem yang memastikan Malaysia boleh menjadi…
Huawei TikTok Shop Akan Dilancar Pada 7 September Ini, Diskaun Sehingga RM900
Huawei secara rasminya hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Kedai TikTok Rasminya pada 7 September 2024 ini. Sempena pelancara itu nanti, Huawei akan menawarkan promosi dengan harga serendah RM89 untuk produk merek. Semasa strim langsung TikTok Huawei dari 7 September hingga 9 September 2024 nanti, anda juga berpeluang memenangi HUAWEI WATCH FIT 3. Beli-belah…
SPRM Siasat Bayaran Tender Projek 1BestariNet Bernilai RM4 Bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011. Menurut Bernama, sumbernya memaklumkan bahawa siasatan tertumpu kepada tuntutan yang mengandungi butiran palsu, melibatkan pembayaran kira-kira RM2.7 bilion. Hasil penggeledahan di pejabat kerajaan dan YTL,…
