Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor magicpad 2

HONOR MagicPad 2 Rasmi – Snapdragon 8s Gen 3, 8 Pembesar Suara

Diterbitkan September 5, 2024 oleh Amsyar Latif

Selain telefon lipat Magic V3, HONOR turut melancarkan tablet terbaru mereka, iaitu HONOR MagicPad 2.

Seperti Magic V3, tablet ini juga nipis dan menampilkan bahan fiber daripada gred aeroangkasa untuk ketahanan. Ia hadir dengan skrin sebesar 12.3  inci OLED beresolusi 3000×1920 dengan kadar segar semula 144Hz dan puncak kecerahan 1600 nits.

HONOR MagicPad 2 Rasmi – Snapdragon 8s Gen 3, 8 Pembesar Suara

Bezel paparannya juga nipis dan menawarkan 4320Hz PWM dimming, 1.07 bilion warna, DCI-P3 gamut warna, AI defocus display dan teknologi lain dari HONOR eye comfort display.

Di dalam terbina cip Snapdragon 8s Gen 3 yang dipadan memori 20GB RAM (termasuk 8GB RAM Turbo) dan storan dalaman 256GB.

Honor magicpad 2

MagicPad 2 menawarkan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 9MP. Untuk memaksimumkan produktiviti dan hiburan, tablet ini hadir dengan 8 pembesar suara (Histen sound dan audio reruang) di mana menerima penarafan IMAX Enhanced dan Hi-Res.

Turut dilengkapi bateri berkapasiti 10,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Honor magicpad 2

Selain itu, tablet HONOR juga menawarkan ciri AI seperti AI eraser, AI handwriting beautification, AI speech-to-text, real-time to search dan circle to search.

Dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Moonlight White dan Black. Ia dijual pada harga rasmi RM2,799.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Berkaitan

  • EISA Nobatkan HONOR 200 Pro Telefon Pintar Terbaik 2024/25

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY