Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MagicBook Art 14

HONOR MagicBook Art 14 Berharga RM5,999, Ini Spesifikasi Penuh

Diterbitkan September 5, 2024 oleh Amsyar Latif

HONOR MagicBook Art 14 turut dilancarkan hari ini bersama-sama Magic V3 dan MagicPad 2. Sama seperti dua peranti lain, komputer riba ini juga nipis dan ringan.

Spesifikasinya juga adalah mirip dengan pasaran China. Ia hadir dengan skrin OLED 14.6 inci bernisbah 3:2, beresolusi 3.1k dan kecerahan 700 nit. Selain itu, bezel skrinnya juga nipis dan paparan meliputi 97% (nisbah skrin ke badan). Malah, buat pertama kalinya mereka juga menampilkan paparan PWM 4320Hz yang mana sesuai untuk mata melihatnya.

MagicBook Art 14
MagicBook Art 14
MagicBook Art 14
MagicBook Art 14

HONOR MagicBook Art 14 dikuasakan Intel Core Ultra 5 125H bersama padanan grafik Intel Arc. Di dalamnya lagi didatangkan storan 1TB SSD dan juga menyokong memori 16GB LPDDR5X RAM.

MagicBook Art 14

Terdapat enam pembesar suara untuk audio yang juga ada audio reruang (spatial audio) dan DTS. Bateri adalah sebesar 60Wh yang mana menyokong pengecasan 65W dan dikatakan boleh dicas penuh dalam masa 95 minit.

MagicBook Art 14 pun tak lari dengan ciri AI. Ia menawarkan ciri seperti AI biderectional noise cancellation, AI HONOR Notes, Copilot dan rentas peranti. Malah, ia turut mempunyai kamera web magnetik yang boleh dipasang pada atas skrin.

MagicBook Art 14

Lain-lain spesifikasi termasuk 2x port USB-C (1x Thunderbolt 4), 1x USB-A, 1x HDMI, 3.5mm bicu audio, pengimbas cap jari, NFC, Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.3.

Ditawarkan dengan satu warna sahaja, Emerald Green dan dijual pada harga rasmi RM5,999.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY