Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999

HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999

Diterbitkan September 5, 2024 oleh Amsyar Latif

HONOR hari ini melancarkan telefon lipat paling nipis dan ringan terbaru mereka untuk pasaran global dan juga Malaysia, iaitu Magic V3.

Telefon lipat ini berkelas andalan dengan menawarkan spesifikasi sama di pasaran China menerusi cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan bersama memori 12GB RAM + 12GB RAM Turbo dan storan dalaman sebesar 512GB.

Skrin luar berukuran 6.43 inci LTPO OLED. Sementara skrin dalamnya pula 7.92 inci LTPO OLED yang mana kedua-duanya hadir dengan kadar segar semula 120Hz.

Dari sudut fotografi, HONOR membariskan kamera lebar 50MP, 40MP ultra lebar dan 50MP telefoto periskop dengan kemampuan zum optikal 3.5x serta 100x zum digital. Manakala, kamera swafoto adalah 20MP untuk skrin dalam dan luar.

HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999

Bateri berkapasiti 5,150mAh untuk bekalan kuasa peranti dengan kemampuan mengecas seperti tahun lalu, 66W berwayar tetapi kali ini hadir dengan pengecasan wayarles 50W.

Selain itu, Magic V3 mempunyai penarafan kalis air IPX8 dan juga sokongan stylus dengan menggunakan HONOR Magic Pen.

Dengan menjalankan MagicOS 8.0.1 berasaskan Android 14, HONOR menampilkan ciri kecerdasan buatan (AI) untuk peranti lipatnya.

Ciri AI tersebut adalah termasuk AI eraser, Face to Face Translation, AI HONOR Notes dan juga Magic Portal – Circle to do more. Kesemua ciri AI ini adalah mirip dengan apa yang ditawarkan pada telefon daripada Samsung dan ia memerlukan sambungan internet untuk menggunakannya.

HONOR Magic V3 Kini Rasmi Dengan Tanda Harga RM6,999

HONOR Magic V3 ditawarkan tiga pilihan warna — Mossy Green, Silk Brown dan Classic Black. Ia dijual pada tanda harga rasmi RM6,999 di mana prapesan sudah pun dibuka bermula hari ini sehingga 12 September depan. Bersama-samanya, HONOR memberikan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2,896 seperti perlindungan skrin 365 hari, Magic Pen, Watch 4 dan pengecas wayarles HONOR.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • HONOR Kerjasama Dengan Google Cloud, Tawar AI Pada Magic V3
  • HONOR Magic V3 Cipta Rekod Baru, Berdiri Teguh Atas Puncak Rumah Kad Permainan Tertinggi Di Dunia
  • OPPO Reno12 Pro, Telefon Pintar AI Terbaik EISA 2024/25

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY