Origin OS vivo Yang Baharu Dilaporkan Menawarkan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli

Sebelum ini vivo telah mengesahkan secara rasmi bahawa Origin OS akan menggantikan Funtouch OS.

Pun begitu, rupa dan rekaan antaramuka Origin OS terbaharu ini masih lagi belum diketahui disebabkan kekurangan maklumat yang dilaporkan.

Hari ini, melalui Digital Chat Station, dikatakan bahawa Origin OS akan mempunyai pilihan untuk beralih ke antaramuka Android asli.

Ia adalah merupakan fungsi khas yang diletakkan secara butang suis untuk memberikan pilihan kepada pengguna menggunakan antaramuka selain dari Origin OS asal.



Namun begitu, bagi penulis, FunTouch OS yang diperkenalkan bermula siri vivo X50 sudah sedia hampir ke Android asli menjadikan ia lebih seronok untuk digunakan.

Untuk antaramuka Origin OS itu sendiri, mungkin kita akan mendengar lebih banyak maklumat terutamanya mengenai rekaan dan fungsi menarik padanya pada masa akan datang.

Sumber: Weibo

Berkaitan