Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zakat kedah

Orang Kedah, Jom Pakat ‘Bayaq’ Zakat Fitrah Menerusi Aplikasi Zakat On Touch

Diterbitkan Mei 12, 2020 oleh ariff bukhari

Aplikasi rasmi dari Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melancarkan sebuah aplikasi pintar bagi memudahkan rakyat negeri Kedah menunaikan tanggungjawab membayar Zakat Fitrah mereka.

Malah aplikasi Zakat On Touch dari Lembaga Zakat Negeri Kedah jugamembolehkan rakyat Kedah membayar zakat-zakat lain termasuklah Zakat KWSP, Zakat Padi, Zakat Haiwan Ternakan dan Qadha Zakat.

Bagi menggunakan aplikasi ini, anda perlu mendaftar bagi boleh menggunakan servis yang ditawarkan di dalam aplikasi.

Sebagai contoh, berikut adalah cara membayar Zakat Fitrah menerusi aplikasi Zakat On Touch.

  1. Pilih bahagian Aplikasi bagi memulakan pembayaran zakat.

zakat kedah1

 

2. Kemudian pilih Zakat Fitrah.

zakat kedah2

3. Kadar minimum Zakat Fitrah di Kedah adalah RM5.00. Tetapi umat Islam digalakkan membayar Zakat Fitrah dengan nilai gandaan (tanpa paksaan mengikut jenis beras bagi yang berkemampuan) sehingga RM21.00.

Zakat kedah3

zakat kedah4

 

4. Selepas memasukkan jumlah bilangan orang, tap pada butang tambah.

Zakat kedah5

 

5. Kemudian, anda pilih cara pembayaran Internet Banking dan pilih juga bank yang anda gunakan bagi melengkapkan proses pembayaran zakat.

zakat kedah7

 

6. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda.

zakat kedah6

 

7. Selepas lengkap memasukkan butiran peribadi, anda bolehlah melafazkan lafaz bayaran zakat.

Azakat kedah8

 

8. Selepas selesai melafaz bayaran zakat, tap pada butang Bayar bagi melengkapkan proses pembayaran Zakat Fitrah anda menerusi akaun bank anda.

zakat kedah9

 

9. Alhamdulillah, anda telah berjaya menunaikan salah satu kewajiban sebagai umat Islam di dalam bulan Ramadhan. Selesai.

zakat kedah 10.
Anda boleh mencetak resit pembayaran zakat di sini.

Aplikasi Zakat On Touch boleh dimuat turun menerusi Google Play Store bagi pengguna peranti Android dan Apple App Store bagi pengguna peranti iOS.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY