Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM800,000 Untuk Dimenangi Anda Sempena Bulan Kemerdekaan

OPPO Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM800,000 Untuk Dimenangi Anda Sempena Bulan Kemerdekaan

Diterbitkan Ogos 13, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bersama-sama meraikan bulan kemerdekaan dengan peminat tempatan, OPPO Malaysia tampil mengadakan promosi OPPO Merdeka Fiesta dengan tawaran hadiah bernilai sehingga RM800,000.

Untuk menyertai promosi yang dijalankan ini, anda perlulah membeli sebarang produk OPPO dengan resit bertarikh diantara 1 Ogos 2019 sehingga 2 September 2019 dari mana-mana kedai konsep OPPO, pengedar sah, platform e-dagang (Lazada dan Shopee) atau telco (Celcom, Digi dan Maxis).

OPPO Merdeka Fiesta Spin&Win RM800,000 worth of prizes

Setiap resit asli yang dibawa ke kedai konsep OPPO terpilih (ada 32 cawangan) akan melayakkan anda mendapatkan spin (satu resit satu spin). Cabutan bertuah dan penebusan hadiah pula akan diadakan dari 22 Ogos sehingga 2 September 2019.

Antara hadiah yang ditawarkan adalah baucar RM10 Shopee, pelindung skrin OPPO dengan jaminan sehingga 6 bulan, kabel USB, kad SD Sandisk 32GB dan banyak lagi hadiah misteri yang disediakan.

Bagi anda yang berminat untuk merebut peluang memenangi promosi OPPO Merdeka Fiesta ini, boleh layari laman ini untuk maklumat lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY