OPPO Smart TV R1 65" Akan Diperkenal Pada 19 Oktober Ini

OPPO sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan Smart TV pertama. Kini, syarikat itu secara rasmi mengesahkan sebuah acara akan berlangsung di Shanghai, China pada 19 Oktober ini. Pada acara itu nanti, OPPO dijangka akan mengumumkan Smart TV berkenaan.



TV tersebut akan dimuatkan dengan kamera pop-up swafoto. Ia juga dijangka akan dilengkapi panel 4K QLED dengan kadar segar semula 120Hz serta cip MEMC.

OPPO Smart TV R1

Berdasarkan laman web JD.COM, TV ini mungkin akan diperkenal sebagai OPPO Smart TV R1 65". Penyenaraian di 3C juga menunjukkan ia mempunyai dua saiz dengan masing-masing dimuatkan panel 65 dan 55 inci.

Dalam pada itu, OPPO menyatakan bukan sahaja TV pintar yang akan dilancarkan pada tarikh itu. Malah, terdapat beberapa produk lain akan diumumkan menjelang pelancaran pada 19 Oktober nanti.

Sumber: Weibo via GSMArena