Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo reno5

OPPO Reno5 Sudah Terima Kelulusan, Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 13, 2020 oleh Amsyar Latif

OPPO telah dapat perakuan untuk peranti pintar baharunya di TENAA China minggu lepas dengan nombor model PEGM00 dan PEGT00.

Model tersebut dikatakan adalah OPPO Reno5 dan peranti PDSM00 yang muncul di Geekbench juga boleh jadi untuk OPPO Reno5 di China.

Terkini, OPPO dengan nombor model CPH2159 juga didedahkan dalam pangkalan data Thailand dimana peranti yang dikatakan OPPO Reno5 akan hadir buat negara itu.

Oppo Reno 5 (4G) is Now NBTC, EEC & TKDN Certified.
Oppo Reno 5 is Also Imported To Pakistan.
NBTC Certification Suggests That Oppo Reno 5 is 4G Device. pic.twitter.com/H7TU1uAk1f

— Abhishek Yadav (@yabhishekhd) November 13, 2020

Tambahan lagi, model itu menunjukkan ia hadir dengan rangkaian 4G. Manakala, peranti ini turut disahkan di beberapa platform lain termasuk Eropah dan juga Indonesia.

Namun, spesifikasi penuh OPPO Reno5 masih belum diketahui lagi tetapi ura-ura mengatakan ia akan hadir dengan paparan OLED 6.43 inci bersama-sama bateri berkapasiti 4300mAh.

oppo reno5

Dilengkapi quad-kamera – 64MP, 8MP serta dua lensa 2MP. Dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 765G serta RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 128GB/256GB.

Peranti ini mempunyai kekurangan dimana tidak menyokong kad mikroSD. Ia didatangkan dengan Android 11 dan menerima sokongan pengecasan pantas 65W.

Dalam pada itu, OPPO bakal adakan acaranya pada 17 November ini – OPPO INNO Day. Kemungkinan OPPO akan umumkan peranti baharu semasa acara ini berlangsung.

Sumber: yabhishekhd via

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
©2026 WISER.MY