Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno

OPPO Reno3 Mungkin Dilengkapkan Dengan Skrin Punch Hole

Diterbitkan November 28, 2019 ยท Dikemas kini November 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memperkenalkan siri Reno buat pertama kali pada April yang lalu, OPPO menampilkan kelainan pada ciri kamera hadapan terangkat dengan rekaan unik “sirip jerung”.

Rekaan tersebut terus diwarisi model-model selepasnya seperti Reno2/Reno2F dan nampaknya penawaran akan datang mungkin berubah.

Ramalan ini dibuat berdasarkan rakaman skrin bahagian tetapan menunjukkan bucu kiri atas dibiarkan kosong. Timbul spekulasi kemungkinan skrin dengan rekaan punch hole akan digunapakai untuk menempatkan kamera hadapan.

 

OPPO Reno3 Mungkin Dilengkapkan Dengan Skrin Punch Hole

Imej turut memperlihatkan mod dwi 5G, yang mana ciri tersebut telah disahkan oleh OPPO sewaktu pelancaran ColorOS 7 tempoh hari.

Spesifikasi yang bakal dilengkapkan pada Reno3 masih samar-samar lagi. Khabar angin rekaan punch hole itu mungkin dihuni dengan kamera 32MP sementara bahagian belakang pula menyertakan kuad kamera diketuai lensa 60MP sebagai kamera utama.

Selain itu, kedengaran juga OPPO Reno3 akan tampil dengan paparan AMOLED berukuran 6.5 inci menyokong kadar penyegearan 90Hz, cip pemproses yang masih belum diumumkan lagi, Snapdragon 735 5G, RAM 8GB yang akan berpadanan antara storan 128GB atau 256GB serta bateri berkapasiti 4500mAh.

Namun begitu, spesifikasi-spesifikasi yang disebutkan diatas hanyalah berdasarkan khabar angin sahaja. Peranti ini dikatakan akan membuat kemunculan rasmi pada bulan Disember ini.

Sumber: PlayfulDroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY