Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Reno12 F Hadir Dengan Ciri Gambar AI Khas Venom: The Last Dance

OPPO Reno12 F Hadir Dengan Ciri Gambar AI Khas Venom: The Last Dance

Diterbitkan Oktober 21, 2024 oleh Rushsyafizal

OPPO mengumumkan kolaborasi eksklusif bersama filem yang dinanti-nantikan, Venom: The Last Dance, yang akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Oktober 2024. Kerjasama ini menyerlahkan telefon pintar terbaru OPPO, Reno12 F, yang diilhamkan kebolehan luar biasa Venom.

Paparan peranti ini menggunakan skrin OLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+ (2400 x 1080) dan kadar segar semula 120Hz, memberikan pengalaman visual yang lebih lancar dan tajam.

Dari segi kamera, Reno12 F 5G hadir dengan kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP, makro 2MP, dan kamera swafoto 32MP. Rakaman video pula menyokong sehingga 1080p 60FPS, sesuai untuk video berkualiti tinggi. Turut disertakan AI Eraser 2.0, AI yang dipertingkatkan ini memudahkan pengguna untuk membuang objek yang tidak diingini dari foto

Bateri berkapasiti 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC memastikan masa pengecasan yang singkat dan penggunaan jangka masa panjang. Tambahan lain termasuk dwi-slot kad SIM, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, dan dua pembesar suara untuk audio yang lebih baik.

Telefon ini dilengkapi dengan kerangka aloi dan kaca yang tahan lasak. Dengan penarafan IP64, ia kalis percikan air dan debu, manakala ciri Splash Touch membolehkan skrin kekal responsif walaupun tangan basah.

WhatsApp Image 2024-10-21 at 3.09.35 PM (1)
WhatsApp Image 2024-10-21 at 3.09.35 PM
WhatsApp Image 2024-10-21 at 3.09.36 PM
WhatsApp Image 2024-10-21 at 3.09.37 PM

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, OPPO melancarkan templat eksklusif Venom The Last Dance dalam AI Studio, di mana peminat boleh “venomise” swafoto mereka.

Selain itu, sempena Jualan Ulang Tahun ke-5 OPPO Member, OPPO Reno12 F kini ditawarkan pada harga promosi RM1,299 (RM1,599) untuk versi 24GB RAM + 256GB ROM, dan RM1,599 (RM1,799) untuk 24GB RAM + 512GB ROM sehingga 31 Oktober 2024.

Beli OPPO Reno12 F 5G di:

Shopee – https://invl.io/clleuti

Lazada – https://invol.co/clleutm

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • HONOR X9c 5G Akan Tiba Di Malaysia
  • HONOR Hadapi Tekanan Dan Cabaran Selepas Tinggalkan Huawei - CEO
  • Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat
  • LEGO Lancar Set LEGO X-Men: The X-Mansion Berharga RM1,499

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY