Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LEGO X-MEN

LEGO Lancar Set LEGO X-Men: The X-Mansion Berharga RM1,499

Diterbitkan Oktober 21, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 21, 2024 oleh ariff bukhari

LEGO telah melancarkan set LEGO Marvel X-Men: The X-Mansion Buildable baharu yang mempunyai sebanyak 3,093 blok LEGO.

Projek ini membawakan set model dari salah satu bahagian penting dalam cerita X-Men, iaitu Institut Xavier yang khusus menempatkan manusia-manusia yang mempunyai kuasa luar biasa.

Set ini termasuk karakter penting dalam siri X-Men seperti Sentinel dan 10 minifigura terkenal dengan 5 daripadanya diperkenalkan buat kali pertama menerusi set LEGO ini.

Minifigura baharu itu termasuklah Profesor X, variasi baru Jean Grey, Gambit, Iceman dan Bishop.

lego x-men
Set ini juga menampilkan elemen dari X-Mansion seperti Cerebro, item boleh tukar di Danger Room, kubah meletup, motosikal untuk Wolverine, serta grafik ikonik dari francais X-Men.

Set LEGO X-Men: The X-Mansion ini akan boleh dibeli mulai 1 November 2024 di www.LEGO.com/MarvelMansion dan kedai LEGO pada harga RM1,499.

Dari 1 hingga 7 November juga, pembelian set ini akan disertakan dengan hadiah LEGO Marvel Cerebro, eksklusif untuk ahli LEGO Insiders.

Berkaitan

  • HMD Fusion Kini Di Malaysia Dengan Harga RM1,199
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Ujian Terbaru 6G Menunjukkan Keupayaan Memuat Turun Lebih 20 Filem Sesaat

Sumber: LEGO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY