Selain menawarkan binaan premium bersama-sama rekaan kamera terangkat cukup unik, siri Reno dari OPPO ini sekali mencuri perhatian kerana ia menjadi antara peranti terawal diuji dengan rangkaian 5G di Malaysia.
Pada acara ujianĀ 5G Live Cluster Field Trial yang dikendalikan oleh Celcom, OPPO Reno 10x Zoom Edition telah memperlihatkan kelajuan muat turun sehingga 1.2Gbps. Ini menandakan OPPO sudah bersiap sedia menjadi pengeluar telefon terawal dalam era 5G negara walaupun ia hanya akan ditawarkan secara komersial beberapa tahun lagi. Acara ujian rangkaian 5G ini turut dihadiri sama oleh pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak.
CEO OPPO Malaysia, William Fang menyatakan, hasil ujian rangkaian 5G ini, ia memberi peluang kepada mereka untuk mewujudkan inovasi lebih jauh dalam teknologi telefon pintar dan memperkenalkan ciri seperti VR serta AR untuk kegunaan seharian pada masa depan.
Difahamkan juga, OPPO sudah mempunyai pasukan khas dalam membangunkan IoT sejak tahun lalu lagi yang mana ia akan memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan merangkumi sukan, penjagaan kesihatan dan lain-lain servis yang bersambungan dengan peranti OPPO.
Kerjasama turut terjalin antara OPPO, Qualcomm dan Ericsson untuk memastikan telefon pintar mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik. Di Eropah, OPPO Reno menjadi telefon pintar pertama dikuasakan dengan keupayaan 5G semasa dilancarkan di Switzerland dan mereka merancang untuk meluaskan lagi penawaran ke pasaran yang lain pada bulan-bulan mendatang.
Berkaitan
- Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Paten Dari OPPO Memperlihatkan Ruang Sekeliling Sensor Kamera Swafoto Diletakkan Ikon Aplikasi Kamera
- CFM Adakan Kaji Selidik Bagi Proses Pindaan Kod Amalan Am Pengguna Untuk Industri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
- Pengguna Samsung S9 Dan S9+ Malaysia Mula Terima Kemaskini Android Pie
- OPPO Bawa Masuk Siri A Baharu, Berharga RM529 Di Malaysia
- Cyberjaya Bakal Laksana e-Dompet TaPay, Mahu Jadi Bandar Tanpa Tunai Pertama Di Malaysia
- Wiko Jerry Kini Memasuki Pasaran Malaysia
- Macpie Distribution Kini Pengedar Sah Nokia Di Malaysia
- Harga OPPO A5s Diturunkan, Kini Dijual Pada Harga RM499
- realme Malaysia Lancar Vakum, Pembersih Udara Dan Pengering Rambut