Malah, mereka baru-baru ini telah mengumumkan bahawa satu variasi warna baharu bagi model tersebut akan menemui pengguna di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Oppo R17 Pro Emerald Green(hijau zamrud) ini bakal tiba di negara ini tidak lama lagi dengan jumlah yang terhad. Bagaimanapun, Oppo tidak menyatakan jumlah unit yang akan ditawarkan nanti.
Oppo Malaysia dijadualkan akan memperkenalkan model Oppo R17 Pro pada Khamis ini(22 Nov) dan model Emerald Green ini dijangka akan turut diperkenalkan pada majlis pelancaran itu nanti.
Oppo R17 Pro akan hadir dengan cip Snapdragon 710, dwi-kamera utama dengan bukaan lensa boleh laras serta skrinĀ AMOLED bersaiz 6.4-inci dengan resolusi FHD+. Ia bakal dijalankan dengan antaramuka ColorOS 5.2 yang berlandaskan Android 8.1 Oreo.
Dari segi bateri pula, Oppo R17 Pro dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,700mAh yang disokong oleh pengecasan pantas SuperVOOC. Selain Emerald Green, satu lagi warna yang ditawarkan ialah Stream Blue.
Harga jualan bagi pasaran tempatan hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak.
Sumber: OPPO
Berkaitan
- Xiaomi Mi 8 Terima MIUI 10 Dengan Android Pie Beserta Kemaskini Pada Kamera
- Xiaomi Mi 6X (Mi A2) Dengan Android One Bakal Diperkenalkan Di China Hari Ini
- Peranti Oppo Mungkin Hadir Dengan Paparan Samsung Edge Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm
- Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1
- Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja
- Dapatkan Realme X2 Pro Pada Jualan Pertamanya Bermula Jam 12 Malam Ini
- Aplikasi Pemesejan Android Dari Google Diberikan Nama Baru
- OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang
- Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube