Sokongan yang serupa dikatakan akan didatangkan bersama peranti Oppo R17 Pro yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Ia telah disahkan sendiri oleh pihak Oppo menerusi satu video acah yang dikeluarkan bagi peranti tersebut.
https://youtu.be/-tr9Tw_7U7g
Kredit : TECHNO AID@Youtube
Berbeza dengan edisi R17, Oppo R17 Pro akan menggunakan rekaan tri-kamera utama dengan salah satu daripadanya akan membenarkan bukaan lensa diubah diantara f//1.5 - f/2.4. Bukaan f/1.5 adalah untuk kegunaan ketika cahaya rendah dan f/2.4 pula akan digunakan bagi menghasilkan gambar pada cahaya terang atau mengambil gambar dengan fungsi bokeh.
Selain daripada itu, Oppo R17 Pro juga dijangka akan hadir dengan cip yang lebih baik berbanding Snapdragon 710 yang digunakan pada model R17. Manakala antara ciri lain yang dilaporkan akan dimiliki oleh peranti ini ialah penggunaan skrin AMOLED 6.4 -inci serta fungsi pengimbas cap jari pada dalam skrin.
Menurut sumber, Oppo akan merasmikan peranti ini pada 23 Ogos ini di pasaran China terlebih dahulu sebelum ke peringkat global. Untuk perkembangan lanjut, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi Oppo Malaysia.
Sumber
Berkaitan
- OPPO F3 Plus Bersama Dwi-Kamera Selfie 8MP dan 16MP
- OPPO Beri Peluang Kepada Peminat Untuk Mereka Cipta Logo/Perkataan 'Reno'
- GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka
- TM Benarkan Pelanggan Unifi Sedia Ada Untuk Beralih Ke Pakej Unifi Pro 100Mbps, Perlu Perbaharui Kontrak Selama 2 Tahun
- Microsoft Telah Keluarkan Kemaskini Untuk Baik Pulih Isu Bateri Surface Pro 3
- Shopee Tawarkan Promosi Barangan Elektronik Bermula 23 Julai Ini
- Microsoft Benam Pusat Data Dalam Ujian Projek Natick Di Perairan Scotland
- iPhone X Kalahkan Pixel 2 Dan Mate 10 Pro Dalam Penilaian Fotografi DxOMark Dengan Markah 101
- CES 2017: Project Valerie - Razer Hadir Dengan Komputer Riba Skrin Berkembar Tiga
- Teknologi AR Pada YouTube Bolehkan Pengguna Cuba Produk Secara Maya