Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Masterclass Privilege KV

OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 19, 2026 oleh Amsyar Latif

OPPO Malaysia memperkenalkan OPPO Masterclass, program pembelajaran fotografi telefon pintar yang menawarkan 60 sesi bengkel di enam wilayah seluruh Malaysia bermula 24 Oktober hingga 31 Disember 2026.

Program ini melibatkan 40 jurugambar tempatan sebagai mentor yang akan membimbing peserta dalam pelbagai aspek fotografi, termasuk komposisi, pencahayaan, warna dan perspektif.

Menurut OPPO, inisiatif tersebut bertujuan membantu pengguna memanfaatkan keupayaan kamera telefon pintar dengan lebih baik, selain meningkatkan kemahiran fotografi melalui latihan praktikal bersama jurugambar berpengalaman.

Bersempena pengenalan program ini, pelanggan yang membuat pra-tempahan siri OPPO Find X10 akan menerima OPPO Masterclass Privilege, iaitu pakej manfaat percuma bernilai RM1,194.

OPPO Masterclass Privilege Promo

Pakej tersebut merangkumi akses kepada enam sesi OPPO Masterclass, pas membawa seorang rakan bagi setiap sesi serta peluang mencuba Hasselblad Teleconverter Kit untuk siri Find X10.

Peserta turut berpeluang menyertai cabutan bertuah Studio Wish Entry dan mendapat keutamaan untuk program lawatan 3 hari 2 malam ke Sabah, yang dikhususkan kepada 15 pencipta kandungan dengan penglibatan tertinggi.

OPPO MasterClass_Taster Pass

Tambahan lagi, orang ramai yang tidak membuat pra-tempahan juga boleh menyertai program ini menerusi Taster Pass bernilai RM398 yang ditawarkan secara percuma.

Pas berkenaan membolehkan pengguna menghadiri dua sesi OPPO Masterclass secara percuma dan boleh didapati di mana-mana OPPO Brand Store.

Berkaitan

  • Senarai Penuh Peranti OPPO, OnePlus Dan realme Yang Dijadual Terima Kemas Kini ColorOS 17

Pra-tempahan siri OPPO Find X10 akan berakhir pada 29 Oktober 2026, manakala sesi OPPO Masterclass berlangsung sehingga 31 Disember 2026.

Maklumat lanjut mengenai program dan penyertaan boleh didapati melalui laman rasmi OPPO Masterclass.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Earphone 'Flathead' Bawah RM40
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
©2026 WISER.MY