Kelajuan sistem pengecasan juga merupakan antara spesifikasi yang terlibat dalam hal ini. Akan tetapi tahukah anda, lebih laju pengecasan tersebut bukanlah bermaksud ia adalah 100% lebih baik?
Malahan perkara ini diakui sendiri oleh OPPO yang mengatakan dalam jangka masa panjang, ia akan mengurangkan kadar kapasiti bateri peranti.
https://twitter.com/andreif7/status/1258660944877694978
Menurut mereka, dalam satu jangka masa, pengecasan berkelajuan 40W akan berkurang kepada 70% kapasitinya. Sedangkan, jika kelajuan dikurangkan pada 15W, kapasiti hanya akan berkurang kepada 90% sahaja dalam tempoh yang sama.
Apabila kapasiti peranti berkurang, jangka hayat peranti juga akan mula berkurang. Peranti yang dahulunya dibeli dengan kapasiti bateri 4,000mAh akan beroperasi sekitar 2,800mAh disebabkan kelajuan pengecasan pantas ini.
Walaupun terdapat kekurangan padanya, kesan negatif kapasiti berkurang itu mengambil masa yang lama sekitar 2-3 tahun. Untuk kebanyakan pengguna, mereka tidak menggunakan peranti yang sama sehingga 3 tahun lamanya dan sudah tentu mereka tidak perasan akan impak jangka hayat perantinya.
Pengecasan yang pantas sudah tentu memberikan kemudahan dari segi tidak lagi perlu menunggu lama untuk mengecas peranti sehingga penuh. Namun, jika anda seorang yang skeptikal dengan nilai kapasiti bateri dan juga menggunakan peranti yang sama bertahun-tahun lamanya, mungkin anda perlu mengurangkan kelajuan mengecas peranti anda.
Sumber: Andrei F
Berkaitan
- Snapdragon 870 Akan Jadi Cip Eksklusif Untuk Telefon Pintar OPPO
- OPPO Enco W51 Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi - Fon Telinga Dengan Pembatalan Hingar Aktif
- OPPO Mengemaskini Semula Jadual Pelepasan ColorOS 7
- Fon Telinga OPPO Enco W31 Dijual Berharga RM259 - Lebih Mampu Milik Berbanding Enco Free
- OPPO Reno7 Pro Bakal Jadi Model Reno Paling Nipis, Dilancarkan 4 Februari Kelak
- OPPO A15 Kini Ditawarkan Untuk Pasaran Malaysia - Skrin 6.52 Inci Dan Helio P35 Berharga RM499
- OPPO A93 Akan Dilancarkan Di Malaysia 6 Oktober Ini - Menawarkan Sejumlah 6 Lensa Kamera
- Sebelum Ini Gundam, Kini OPPO Perkenal Ace2 Edisi Khas Bertemakan Evangelion
- OPPO A92 Dengan Pilihan Warna Aurora Purple Akan Ditawarkan Bermula 26 Jun
- OPPO A73 Dijual Berharga RM899 - Skrin AMOLED 6.44 Inci Dan Rekaan Belakang Tekstur Kulit