Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpeg-optimizer_Caihong_人物图LifestyleStills_SmootherGameplay 拷贝

OPPO Pad 3 Pro Rasmi Di Malaysia Dengan Harga RM3,299

Diterbitkan November 21, 2024 oleh Rushsyafizal

Selain siri Find X8, OPPO turut memperkenalkan OPPO Pad 3 Pro dan OPPO Enco X3i di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan teknologi terkini untuk pengalaman pengguna yang luar biasa.

jpeg-optimizer_Pad 3 Pro_Product Stills_02_CMYK
jpeg-optimizer_Caihong_人物图LifestyleStills_ImmersiveEntertainment 拷贝
jpeg-optimizer_Caihong_人物图LifestyleStills_SmootherGameplay 拷贝

Bermula dengan OPPO Pad 3 Pro, ia dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3, tablet ini memastikan pengalaman multi tugas lancar, hiburan imersif, dan penjimatan tenaga.

Tambahan lagi, ia juga menyokong integrasi AI seperti AI Eraser 2.0, AI Speak, AI Summary, dan AI Writer membantu produktiviti harian. Tablet ini menggunakan skrin 12.1-inci 3K ReadFit (144Hz, 900-nit) dan 8 pembesar suara Stereo Hi-Res.

Trinity Engine & HyperBoost untuk prestasi gaming yang stabil. Ia turut dibekalkan bateri berkapasiti 9,510 mAh, pengecasan penuh hanya 80 minit dengan 67W SUPERVOOC.

Tablet ini tersedia pada harga RM3,299 (12GB RAM + 256GB ROM). Pembelian awal disertakan Pencil 2 Pro dan Smart Keyboard secara percuma.

jpeg-optimizer_Enco X3i_Electric Blue_RGB_20231102_OPPO
jpeg-optimizer_Enco X3i_Space Grey_RGB_20231102_OPPO

Selain itu, OPPO juga melancarkan OPPO Enco X3i fon telinga generasi ketiga OPPO ini menawarkan audio berkualiti studio, teknologi pembatalan hingar pintar, dan reka bentuk tahan lama.

Peranti telinga ini dibekalkan dengan pemacu berganda (Woofer 10.4mm & Tweeter 6mm), serta sambungan LHDC 5.0 Bluetooth Codec, dan OPPO Alive Audio. Dengan ANC Pintar membolehkan fon telingan ini menyokong Smart-Scene Noise Cancellation. IP55 kalis air, dan berat hanya 4.8g.

Selain daripada ia menyokong sambungan Bluetooth 5.3, fon telinga ini juga dibekalkan bateri yang membolehkan 44 jam hayat bateri dengan pengecasan pantas 10 minit.

TWS ini ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Electric Blue dan Meteor Grey di mana ia tersedia pada harga RM499.

Untuk pendapatkan peranti keluaran terbaharu ini, anda boleh ke kedai rasmi OPPO atau platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, dan TikTok Shop.

beli di:

Shoppe – https://invl.io/clm0mz0

Lazada – https://invol.co/clm0mz2

{suggest}

Sumber: Siaran media OPPO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY