OPPO Bakal Memperkenalkan Tiga Konsep Produk Baharu Melalui Acara OPPO INNO Day Pada 17 November Ini

OPPO kini mengumumkan acara tahunan OPPO INNO Day akan berlangsung pada 17 November 2020. Menerusi acara ini, OPPO bakal memperkenalkan inovasi dan pembangunan teknologi terkini OPPO.

OPPO INNO Day 2020

Membawakan tema "Leap into the Future", ia mengemaskini konsep sebagai Internet of Experience.

Pada acara ini, OPPO melalui CEO, Tony Chen bakal berkongsi strategi terbaru syarikat itu dalam era 5G. Sementara itu, OPPO turut mendedahkan Levin Liu yang merupakan Ketua Institut Penyelidikan OPPO bakal memperkenalkan tiga peranti konsep terbaharu.

Namun, tidak didedahkan dengan lebih lanjut apakah peranti yang akan diperkenalkan itu.

Jika tahun lalu OPPO telah memperkenalkan teknologi kamera bawah paparan, dijangka teknologi yang lebih inovatif akan dipamerkan pada tahun ini.

Bagi anda yang ingin menyaksikan acara ini, penstriman boleh dilakukan menerusi laman OPPO INNO Day pada 4 petang, 17 November 2020.