Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
find x2

Oppo Find X2 Pro Memecah Rekod AnTuTu

Diterbitkan Mac 12, 2020 oleh ariff bukhari

Find X2 Pro kini menjadi telefon pintar Android terpantas ketika ini.

Bagi anda yang mungkin masih tercari-cari model terbaru telefon pintar berprestasi tinggi pada tahun ini, Oppo Find X2 Pro patut berada di dalam senarai anda.

Ini kerana Find X2Pro dilaporkan telah memecah rekod penanda aras prestasi AnTuTu baru-baru ini.

Prestasi yang direkodkan AnTuTu bagi Find X2 Pro didakwa mencapai skor tertinggi 637,099 markah.

Oppo Find X2 Pro Memecah Rekod AnTuTu
Kamera Oppo Find X2 Pro juga turut menerima skor tertinggi dari DXOMark.

Skor tersebut sekaligus memecah rekod tertinggi AnTuTu sebelum ini yang dimiliki oleh Black Shark 3 (620,952 markah).

Oppo Find X2 Pro dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 865 yang turut menyokong rangkaian 5G, RAM berkapasiti 12GB, storan dalaman sebesar 512GB dan kapasiti bateri 4260mAh.

Oppo telah pun secara rasminya menawarkan model terbaru siri telefon pintar OPPO Find X2 di Malaysia.

Bagi versi Find X2. ia berharga dari RM3,999.00. Manakala Find X2 Pro pula berharga dari RM4599.00.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY