OPPO Find N2 Flip Rasmi Di Malaysia Tanggal 2 Mac Ini

Telefon boleh lipat iaitu OPPO Find N2 Flip sah akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia padajam 3PM, 2 Mac 2023. Harganya kelak akan diumumkan dalam acara tersebut.

Acara pelancarannya boleh anda tonton secara dalam talian di laman Facebook OPPO Malaysia dan YouTube mereka.



Jika anda ketinggalan, Flip hadir dengan rekaan lipat seperti Z Flip, yang juga dirujuk sebagai 'clamshell'.

Sebenarnya, sebuah lagi telefon boleh lipat OPPO iaitu OPPO Find N2 yang lipatan seperti Z Fold telah dilancarkan untuk China. Setakat ini, nampaknya model ini tidak akan dilancarkan untuk pasaran antarabangsa.

{suggest}

Walaupun tidak tersedia di sini, namun kami pernah diberi peluang menggunakannya selama seminggu. Ulasannya ada di SINI.

N2 Flip dikuasakan cip pemprosesan Dimensity 9000+ dan mempunyai padanan RAM LPDDR5 dan ROM UFS3.1 setinggi 8/256GB.



Skrin dalamannya menggunakan panel AMOLED LTPO berukuran 6.8 inci dengan kadar segar 1-120Hz. Sokongan HDR10+ turut disertakan di samping mempunyai liputan 97% DCI-P3 dalam mod vivid.

Anda boleh baca artikel INI untuk spesifikasi menarik N2 Flip yang akan masuk Malaysia tidak lama lagi.

Sumber: OPPO Malaysia