Ketika diperkenalkan, Oppo F9 mempunyai tiga pilihan warna yang berbeza iaitu Sunrise Red, Twilight Blue serta Starry Purple. Malah, Oppo kini dilihat telah menyenaraikan satu lagi variasi warna bagi peranti berkenaan iaitu warna merah jambu.
Kredit : TENAA
Melihat daripada imej yang dipaparkan, tiada sebarang perbezaan lain yang ada pada peranti ini berbanding tiga variasi awal yang dilancarkan lebih awal. Selain daripada rekaan warna, ciri-ciri lain seperti kamera dan spesifikasi dalaman juga dijangka sama dengan model Oppo F9 sebelum ini.
Menurut sumber, Oppo F9 berwarna merah jambu ini dilaporkan akan mula dijual di pasaran India pada 31 Ogos ini. Setakat ini, tiada sebarang maklumat berkenaan kemasukan variasi baru ini ke pasaran tempatan. Untuk mengikuti dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti laman rasmi Oppo Malaysia di Facebook.
Sumber
Berkaitan
- Rekaan Tertiris Oppo R17 Didedahkan, Hadir Dengan Takuk Kecil & Warna Gradient
- Reaksi Orang Ramai Unboxing OPPO F11 Pro- Ramai Teruja Dengan Peranti Ini
- Vivo Sekali Lagi Mencontohi Oppo Dalam Menyelesaikan Masalah Takuk
- Tiada Lagi OPPO Siri-R, OPPO Mahu Fokuskan Kepada Siri-Find & Siri-Reno
- OPPO F11 Pro Avengers Edition Kini Mendarat Di Malaysia, Harga Jualan RM1,399
- OPPO F7 Hadir Ke Malaysia Pada 19 April Ini
- Oppo F9 Akan Hadir Dengan Pilihan Warna Baru Pada Bulan Ini
- Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Faedah 0% Apabila Guna Kredit Aeon
- Oppo A5 Dilancarkan Di China, Hadir Dengan Sokongan AI
- Oppo Menjadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Di Dunia Yang Menghasilkan Panggilan Video 5G