OPPO Enco Free mempunyai teknologi yang direka untuk menggabungkan fon telinga dan peranti mudah alih dengan lebih lancar bagi menyampaikan tahap kebebasan tanpa wayar, dan memberikan pengalaman mendengar setiap hari yang terbaik.
OPPO Enco Free menggunakan pemindahan Binaural simultaneous Bluetooth 5.0 untuk memberikan audio yang lebih terhubung-kait (synchronized). Audio direka semula secara radikal yang disokong oleh pembesar suara ultra-dinamik untuk menyampaikan prestasi audio yang luar biasa.
Fon telinga ini juga menawarkan dwi-mikrofon dan pembatalan hingar AI Uplink yang berfungsi untuk melindungi panggilan daripada bunyi bising.
Untuk memberi pengalaman yang lebih interaktif, pengguna boleh tap dua kali pada kedua-dua sisi untuk menjawab panggilan atau mengawal muzik. OPPO Enco Free adalah cerminan kepada penyelidikan terkini pemodelan fon telinga agar sesuai dengan telinga manusia dengan menggunakan dua pilihan rekaan unik yang berbeza.
Tiada maklumat lanjut mengenai harga OPPO Enco Free yang akan dilancarkan pada 16 Januari ini dan untuk itu, sama-sama kita nantikannya.
Berkaitan
- OPPO Bakal Lancar Siri Reno4 Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- OPPO Memperkenalkan OPPO X 2021, Peranti Konsep Dengan Teknologi Paparan OLED Boleh Gulung
- OPPO Akan Mula Jual Telefon Tanpa Pengecas Dalam Kotak Bermula 2023
- Ini Adalah Rekaan Siri OPPO Reno4 Untuk Pasaran Malaysia Beserta Sampel Gambar
- OPPO Paten Telefon Pintar Dengan Teknologi Li-Fi, Lebih Pantas Dari Wi-Fi
- Kemaskini Android 11 Mula Dilepaskan Kepada Peranti Pixel, OnePlus, Xiaomi, realme Dan OPPO
- OPPO Lancar Program Loyalti Melalui Aplikasi "My OPPO"
- OPPO Reno4 Pro Dengan Pilihan Warna Galactic Blue Akan Ditawarkan Pada September Ini
- OPPO A38 Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM599
- OPPO Find X3 Pro Dijangka Hadir Dengan Panel 120Hz, 50MP Kamera Dan Cip Snapdragon 888