OPPO Lancar Program Loyalti Melalui Aplikasi "My OPPO"

OPPO kini memperkenalkan aplikasi My OPPO untuk pengguna peranti syarikat itu. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Market dan direka untuk program loyalti.

Dengan menggunakan aplikasi My OPPO versi yang diperbaharui, pengguna dengan mana-mana peranti OPPO boleh menyertai keahlian dan menikmati manfaat menjadi ahli, mengumpul mata dan pengalaman.



Melaluinya, terdapat dua sistem mata iaitu Reward Points yang boleh digunakan untuk menebus pelbagai ganjaran, sementara Experience Points digunakan untuk menaikkan tahap keahlian. Kedua-dua sistem mata ini akan memberikan pengguna 200 mata dengan pendaftaran kali pertama dan 1 mata untuk setiap RM1 yang digunakan

Selain itu, pengumpulan mata boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Untuk Reward Points, terdapat pelbagai aktiviti dan misi dalam aplikasi itu untuk mengumpul mata.

Bagi Experience Points, ia mempunyai empat tahap keahlian iaitu Member, Silver, Gold dan Diamond. Setiap tahap akan menerima manfaat yang berbeza dan untuk menaikkan tahap keahlian, beberapa nilai mata adalah diperlukan.

Dalam pada itu, My OPPO turut menawarkan kepada pengguna melalui perkhidmatan, diskaun istimewa, pengumpulan mata dan sebagainya. Antaranya termasuk potongan harga bagi lanjutan waranti satu tahun, diskaun eksklusif bagi aksesori, kos membaik pulih dan lain-lain.

Berkaitan