Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oppo 300w_2

OPPO Dilapor Sedang Bangunkan Teknologi Pengecasan 300W

Diterbitkan April 6, 2023 ยท Dikemas kini April 6, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Februari lepas, Redmi telah pun mengumumkan teknologi pengecasan pantas 300W. Dalam laporan terbaharu, OPPO pula dikhabarkan sedang membangunkan teknologi pengecasan 300W.

Berkaitan

  • realme Perkenal Teknologi Pengecasan Pantas 240W
  • Redmi Umum Teknologi Pengecasan 300W, Mampu Cas 100% Dalam 5 Minit
  • Infinix Umum Teknologi Pengecasan Pantas 260W Dan Wayarles 110W

Menurut peniris terkenal Digital Chat Station, teknologi pengecasan yang masih dalam pembangunan itu akan digandingkan dengan bateri berkapasiti 4,450mAh (4,600mAh pada kapasiti asal).

oppo 300w

Jika dilancarkan kelak, teknologi pengecasan SuperVOOC itu akan menjadi antara yang terpantas dalam pasaran, selain pengecas Redmi 300W.

Pengecas 300W ini dijangka akan mengekalkan kelajuan yang sama, sekurang-kurangnya sehingga ia mencapai peratusan bateri 80%, berbanding Redmi 300W yang boleh mencapai paras pengecasan tertinggi 290W hanya selama 3 saat.

Ketika ini, belum ada pengesahan rasmi mengenainya. Walaupun begitu, dijangkakan OPPO akan memperkenal teknologi pengecasan 300W sebelum akhir tahun ini.

Sumber: GizmoChina

Gambar utama: oppo news

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY