OPPO A93 Dilancarkan - MediaTek Helio P95 Dan Skrin AMOLED

OPPO kini secara rasmi telah melancarkan model baharu iaitu OPPO A93. Model ini berkongsi banyak persamaan dengan OPPO Reno4 Lite dan OPPO F17 Pro. Namun, perbezaan paling ketara adalah ia menggunakan pengecasan yang lebih perlahan dengan 18W.

OPPO A93

OPPO A93 dilengkapi skrin 6.43 inci AMOLED dengan paparan berlubang berbentuk pil yang memuatkan dua kamera swafoto iaitu 16MP dan 2MP depth. Terdapat juga sokongan imbasan cap jari pada paparan.



Untuk kamera, ia dimuatkan dengan tetapan 4 kamera yang terdiri daripada 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro dan 2MP monokrom.

OPPO A93

Peranti ini dijana cip pemproses MediaTek Helio P95 dengan gandingan RAM 8GB dan 128GB storan dalaman. Ia turut menyokong penambahan storan melalui slot kad microSD.

Antara yang dimuatkan pada OPPO A93 adalah bateri 4000mAh, bicu audio 3.5mm. Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Black dan Magical White.

Bagi pasaran Vietnam, OPPO A93 diletakkan pada harga VND 7,490,000 (~RM1344). Untuk pasaran Malaysia, peranti ini akan dilancarkan pada 6 Oktober depan.

Sumber: OPPO Vietnam