Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO A9 2020

OPPO A9 2020 Menjanjikan Kamera Quad 48MP

Diterbitkan September 6, 2019 oleh ariff bukhari

Menyokong lensa bersudut ultra lebar sehingga 119°.

Oppo Malaysia semalam telah pun mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk telefon pintar Oppo A9 2020 ke pasaran tempatan dalam bulan September ini.

Oppo A9 2020 akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh, memori RAM 8GB serta didatangkan bersama storan standad bersaiz 128GB.

Tetapi yang menjadi perhatian utama pada telefon pintar ini adalah ia dilengkapi dengan empat kamera belakang dengan kamera utamanya 48MP.

Kamera utama itu pula diganbungkan bersama lensa kamera ultar lebar 8MP yang mampu mengambil imej selebar 119°, lensa potret 2MP dan lensa mono 2MP.

Malah OPPO turut memuatkan sebuah lagi kamera khsusus bagi mod malam.

OPPO A9 2020 Promises a 48MP Quad Cameras that support 119° Ultra Wide Angle lens
Kamera OPPO A9 2020 turut menyokong teknologi kecerdasan buatan pencantikan imej.

Untyuk pasaran telefon pintar berkategori prestasi sederhana, OPPO A9 2020 pastinya memberikan cabaran kepada model-model telefon pintar dari pesaing yang lain dengan perkakasan berkuasa yang dimilikinya.

Kehadiran telefon pintar ini juga dijangka mampu melonjakkan lagi OPPO sebagai jenama ke-2 yang paling cepat meningkat naik di Malaysia berbanding pengeluar telefon pintar yang lain.

Malah tidak mustahil jika mereka mampu merampas kedudukan telefon pintar paling popular di Malaysia dari Samsung  tahun ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY