Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus z

OnePlus Z Dijangka Pelancarannya Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan Jun 9, 2020 · Dikemas kini Jun 9, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus merupakan jenama yang lebih terkenal dengan pembuatan peranti mercu pada harga yang rendah berbanding pesaing lain. Namun, mereka juga pernah cuba untuk menghasilkan peranti kelas pertengahan premium OnePlus X yang kurang mendapat sambutan.

Tahun ini, OnePus bakal kembali lagi dengan peranti kelas pertengahan yang diberi nama OnePlus Z. Menurut Xda-developers, peranti akan dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 765 dengan sokongan rangkaian 5G.

Peranti juga bakal hadir dengan 6.55 inci AMOLED 90Hz, 6GB RAM serta storan dalaman 128GB. Bateri adalah berkapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W.

OnePlus Z Dijangka Pelancarannya Pada Bulan Hadapan

Untuk kamera, OnePlus Z akan mempunyai 3 kamera belakang 48MP, 16MP, 2MP manakala kamera hadapan adalah 16MP melalui rekaan punch-hole.

Apa yang menarik mengenai peranti ini adalah, harga jualannya adalah serendah sekitar RM1,405. Jika benar, ini membawa kembali nostalgia lama harga jualan model OnePlus yang lama seperti OnePlus One dan juga OnePlus 2.

Peranti dikatakan bakal dilancarkan pada 10 Julai hadapan di India. Ia bukannya tarikh rasmi yang diberikan oleh OnePlus, sebaliknya merupakan maklumat dalaman dari syarikat mereka.

Dengan tempoh sebulan sehingga tarikh pelancarannya, sudah tentu lebih banyak maklumat mengenai spesifikasi dan rupa bentuk peranti ini akan didedahkan secara sengaja atau ‘tidak sengaja’.

Sumber: Xda-developers, Android Central

Beli OnePlus 8 dan 8 Pro dari:

Lazada: https://invol.co/clou5r

Shopee: https://invol.co/clou5v

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY