Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-22T112150.221

OnePlus Nord CE4 Lite 5G Kini Tersedia Pada RM1,399

Diterbitkan Julai 22, 2024 oleh Muhd Idham

Selepas OnePlus Nord 4 rasmi secara global, model terbaru untuk siri Nord iaitu OnePlus Nord CE4 Lite 5G tiba lebih awal di pasaran Malaysia.

OnePlus Nord CE4 Lite 5G Kini Tersedia Pada RM1,399

Bermula dengan penguasaan daripada cip Snapdragon 695 5G, telefon ini juga hadir dengan GPU Adreno 619, 8GB memori LPDDR4X dan storan 256GB UFS 2.2.

Skrinnya pula adalah jenis AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 2400 x 1080 dan kadar segar semula 120Hz.

Untuk kamera, ia hadir dengan kemampuan kamera utama 50MP Sony LYT-600 (ƒ/1.8), ultra lebar 2MP (ƒ/2.4) dan swafoto 16MP (ƒ/2.4). Rakaman video pula mampu ditontonkan pada kualiti 1080p 30fps.

Bateri pula hadir dengan kapasiti 5,500mAh dan pengecasan 80W.

Lain-lain ciri yang disediakan adalah dwi-slot kad SIM, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.1, NFC, bicu audio 3.5mm dan dua pembesar suara dengan ciri mod volume Ultra 300 peratus.

Harga yang dikenakan untuk OnePlus Nord CE4 Lite 5G adalah RM1,399 dan boleh mula dibeli melalui gedung dalam talian:

Shopee – https://invl.io/cllflw7

Lazada – https://invol.co/cllflwb

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Xiaomi Buds 5, Smart Band 9 Dan Watch S4 Sport Dilancarkan
  • Kandungan Facebook RTM Disalah "Auto-Translate" Oleh Sistem Meta
  • Smart TV Samsung Tersedia Melalui Pakej U Home 5G, Bermula Dari RM65/Bulan
  • Perkhidmatan Tren Penumpang Rentas Sempadan Laos-Thailand Mula Beroperasi

Sumber: Siaran Media OnePles

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY