Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2024-07-19 at 10.44.48 PM

Xiaomi Buds 5, Smart Band 9 Dan Watch S4 Sport Dilancarkan

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh ariff bukhari

Selain mengumumkan barisan telefon pintar terbarunya, Xiaomi turut mengumumkan peranti audio Xiaomi Buds 5 dan jam pintar terbaru Xiaomi Watch S4 Sport.

Xiaomi Buds 5 menyokong audio Hi-Fi yang ditala oleh Harman/Kardon AudioEFX serta dilengkapi ciri rakaman panggilan apabila fon telinga ini dipicit sebanyak 3 kali.

xiaomi buds 5
xiaomi buds 5
xiaomi buds 5

Xiaomi Buds 5 hadir dalam 4 pilihan warna menarik yang dijual pada harga CNY699 (~RM450).

xiaomi buds 5

Seterusnya adalah peranti Xiaomi Smart Band 9 terbaru yang menerima kemas kini material badan yang kini menggunakan logam, menggantikan plastik dari versi sebelumnya.

Xiaomi Smart Band 9

Xiaomi Smart Band 9 hadir dalam pilhan warna merah jambu, perak, biru dan hitam menerusi 3 varian yang dijual pada harga bermula CNY249 (~RM160), CNY299 (~RM192 varian NFC) dan CNY349 (~RM225 varian seramik, NFC).

Satu lagi peranti boleh pakai yang dilancarkan adalah jam pintar Xiaomi Watch S4 Sport.

Xiaomi Watch S4 Sport.

Xiaomi menyatakan, jam pintar terbaru mereka ini sebagai jam sukan profesional premium yang diperbuat daripada titanium.

Ia menyokong eSim, ketahanan bateri sehingga 15 hari dan lebih penting lagi adalah Xiaomi kali ini membangunkan jam sukan mereka ini dengan kerjasama dari pasukan jam sukan SUUNTO.

Xiaomi Watch S4 Sport.

Xiaomi Watch S4 Sport ini ditawar pada harga CNY1,999 (~RM1,289) dan CNY2,599 (~RM1,675).

Xiaomi Watch S4 Sport.
Harga mengikut jenis tali jam.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY