Timbul pula nama OnePlus Nord yang disebut sebagai peranti lebih mampu milik yang berada pada kelas pertengahan. Sehari yang lepas, pengeluar tersebut telah mengesahkan mengenai nama model tersebut. Ia juga dinyatakan bakal dijual dibawah paras $500 (~RM2,140).
Berdasarkan khabar angin awal, OnePlus Nord mungkin dilancarkan pada bulan Julai ini, tetapi tidak dapat dipastikan pasaran mana yang akan menerima kehadirannya.
Namun, sebuah akaun Instagram OnePlus.nord.my sudah mula kelihatan. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa ia akan ditawarkan pada pasaran tempatan. Tidak pasti bila, tetapi ini mungkin salah satu persediaan OnePlus untuk membawa masuk model baharu tersebut bagi penawaran di Malaysia.
OnePlus Nord mungkin dijana oleh cip Snapdragon 765, 6GB RAM, 6.65 inci dan juga 3 kamera belakang. Spesifikasi yang disebutkan ini hanyalah lanjutan daripada desas-desus sebelum ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pengeluar dan adakah anda berminat dengan penawaran yang bakal dibuat ini?
Sumber: OnePlus Nord My
Berkaitan
- Rupa Bentuk OnePlus 7 Sudah Berlegar-Legar Di Internet
- OnePlus 7 Dijangka Pelancarannya Pada 14 Mei Depan
- Dua Telefon Dibuang Dari Senarai Geekbench, Ini Respon Dari OnePlus
- OnePlus 5 Kalahkan iPhone 7 Plus Dalam Ujian Kepantasan
- OnePlus 3 Dan 3T Bakal Dikemaskinikan Dengan Android P
- OnePlus 7 Pro Dilapor Hadapi Masalah Sentuhan Skrin Paparan
- Foto Ini Dikatakan Diambil Menggunakan Kamera OnePlus 5
- Fungsi Nyahkunci Skrin Menggunakan Wajah Akan Hadir Pada OnePlus 5
- Pra-tempah OnePlus 5T Sudah Bermula, Harga Dari RM2449
- CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal