Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

Diterbitkan Julai 22, 2018 oleh Helmi Samsuri

OnePlus terkenal dengan jolokan flagship killer dimana hadir dengan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dijual pada harga yang berpatutan.

Cubaan melebarkan sayap dalam pasaran pertengahan pada 2015 melalui OnePlus X, dilihat tidak seperti apa yang dirancang kerana gagal menambat hati pembeli.

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

Pete Lau, Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus ketika menjawab soalan daripada peminat pada sebuah wawancara menyedari model OnePlus X sebuah produk yang gagal.

OnePlus X. Kami merancang untuk mencipta sebuah produk terbaik dalam kelas pertengahan, dan walaupun komuniti menyukai rekabentuk dan menggangap ia sangat cantik, tapi kebanyakkan peminat masih memilih peranti flagship. ujar Lau.

Jelas beliau lagi, kegagalan OnePlus X umpama memberi petunjuk supaya syarikat itu hanya mengeluarkan peranti flagship sahaja.

CEO OnePlus Akui Model OnePlus X Merupakan Produk Yang Gagal

 

OnePlus X tampil membawakan spesifikasi seperti skrin paparan 5 inci HD penuh, RAM 3GB bersama storan dalaman 16GB serta dipacu dengan cip Snadragon 801. Penghasilan peranti ini dihentikan kurang dari tempoh setahun ia dilancarkan kerana sambutan dingin daripada peminat.

Lau juga menyatakan syarikatnya tidak bercadang untuk mengeluarkan model pengganti OnePlus X atau model kelas pertengahan yang lain dalam masa 3 tiga tahun kehadapan.

Selain itu, Lau turut menyatakan OnePlus dalam usaha membangunkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar dan ujian berterusan akan dilakukan sehingga ia mampu dilengkapkan pada model OnePlus masa hadapan.

Sumber: Forum OnePlus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY