Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Foto Ini Dikatakan Diambil Menggunakan Kamera OnePlus 5

Foto Ini Dikatakan Diambil Menggunakan Kamera OnePlus 5

Diterbitkan Mei 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Ramai mengjangkakan bahawa OnePlus mungkin kembali dengan telefon flagship pada suku kedua tahun 2017.

Ura-ura sebelum ini mengatakan bahawa OnePlus 5 bakal hadir dengan kamera utama dwi lensa seperti yang boleh kita saksikan pada imej dibawah.

oneplus-5-leak
Imej ‘render’ OnePlus 5

Terbaru, beberapa keping sampel foto dipercayai ditangkap menggunakan telefon OnePlus 5 telah tersebar di internet.

image-1-768x576
Sampel foto yang dikatakan diambil kamera OnePlus 5
image-3
Sampel foto yang dikatakan diambil kamera OnePlus 5
image-4
Sampel foto yang dikatakan diambil kamera OnePlus 5
image-2
Sampel foto yang dikatakan diambil kamera OnePlus 5

Bagaimana pemerhati mengetahui foto itu diambil menggunakan kamera OnePlus 5?

Ia adalah berdasarkan data EXIF pada foto tersebut yang memaparkan ‘A5000’.

Untuk pengetahuan anda semua, A5000 merupakan nombor model bagi OnePlus 5 sepertimana yang telah dilaporkan oleh laman Ubergizmo.

Antara maklumat yang diperolehi dari data EXIF adalah resolusi foto itu (4640 x 3480) dan ia mungkin bermaksud foto itu dihasilkan dari kamera dengan sensor 16 megapiksel untuk kedua-dua lensa (satu lensa untuk zoom, satu untuk sudut lebar).

Hasil tangkapan dari dua lensa itu apabila digabungkan akan menghasilkan foto yang mirip dengan hasil dari DSLR ataupun kamera mirrorless.

OnePlus 5 dikatakan akan dilengkapi dengan

RAM 8GB

Cip pemproses Snapdragon 835

Paparan QHD

Sumber: PhoneArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY