OnePlus 7 Dijangka Pelancarannya Pada 14 Mei Depan

Khabar angin dan spekulasi berkenaan model OnePlus 7 sudah acap kali dilaporkan dan menambah satu lagi perkhabaran, adalah tarikh kemunculan rasmi peranti tersebut.

Berdasarkan kicauan Twitter daripada Ishan Agarwal, OnePlus 7 dikatakan bakal dilancarkan pada 14 Mei depan. Ia turut dijangka hadir dengan tiga variasi iaitu OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan OnePlus 7 Pro 5G.

Berkenaan spesifikasi yang bakal dibawa pula, sedikit sebanyak ketiga-tiganya pasti hadir dengan tetapan berbeza. Ramalan awal adalah kamera swafoto pop-up, Snapdragon 855, skrin Super Optic AMOLED dan tiga kamera belakang gabungan 48MP+16MP+8MP.

Tarikh yang disebutkan masih belum rasmi lagi dan sama-sama kita nantikan pengumuman dari syarikat pengeluar.

Sumber foto utama: @WaqarKhanHD