OnePlus Nord Akan Datang Ke Malaysia Hujung Ogos Ini

Antara sebab mengapa peranti OnePlus Nord ini begitu ramai diperkatakan adalah ia merupakan peranti yang disasarkan  dalam kategori mampu milk.

Namun, untuk pasaran Malaysia, ia masih belum lagi dilancarkan, jadi pengguna masih lagi tidak mengetahui harga jualan rasminya.

Pengedar peranti pintar DirectD dan Mobile2Go baru-baru ini telah memuat naik kiriman yang mengatakan mereka sedang menerima pra-tempahan untuk peranti ini.

https://www.facebook.com/directdteam/posts/3106057389492403

Untuk anda yang berminat, anda boleh menempah peranti tersebut pada harga RM100 melalui DirectD atau menghubungi terus secara WhatsApp pihak Mobile2Go.

 

Kedua-dua pengedar menyatakan peranti akan hadir sekitar penghujung Ogos bermakna anda ada dalam masa sebulan dari tarikh penerimaan peranti jika menempahnya sekarang.

Unit pra-tempah OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia akan menerima 2 varian iaitu 8GB/128GB dan 12GB/256GB. Antara lain adalah anda juga akan menerima waranti rasmi dari OnePlus Malaysia selama 1 tahun.

Jangkaan harga rasmi permulaan peranti adalah di bawah RM2,000 namun spekulasi hanya spekulasi. Tunggu sahaja kedatangan rasminya bulan hadapan.

Sumber: DirectD, Mobile2Go