Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 8 pro

OnePlus Beri Amaran Kemaskini Android 11 Boleh Formatkan OnePlus 8, 8 Pro Secara Tidak Sengaja

Diterbitkan November 9, 2020 oleh Meor Hasyim

Ketika OnePlus 8 dan 8 Pro dilancarkan pada awal tahun ini, ia menjalankan perisian Android 10. Setelah beberapa bulan pengenalannya di pasaran, siri tersebut mula menerima kemaskini stabil berasaskan Android 11.

Namun begitu, kemaskini yang diterima adalah sangat tidak stabil malah memformatkan telefon secara tidak sengaja. Isu ini dilaporkan oleh pengguna dari kemaskini Open Beta 3 yang menerima kemaskini untuk Android 11.

Tambah menyedihkan, sejumlah pengguna ada yang menetapkan telefon kepada auto-pasang kemaskini terbaharu menyebabkan mereka juga terlibat sama dalam isu ini.

OnePlus kini telah mengesahkan perkara yang terjadi dan telah membuka perbincangan di forum OnePlus. Pihak mereka turut memberi amaran agar tidak mengemas kini versi kemaskini tersebut.

Menurut mereka, kelihatannya tiada cara lain untuk mengembalikan data yang sudah hilang.

Kebiasaannya, pengguna telefon pintar sememangnya digalakkan untuk membuat sandaran terlebih dahulu sebelum memasang mana-mana kemaskini utama.

Sumber: OnePlus

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY