Berbeza dengan model 7T biasa, skrin 7T Pro tidak mempunyai takuk kerana peranti ini mempunyai kamera pop-naik 16MP.
Skrin hadapannya bersaiz 6.67 inci dengan resolusi QHD+ Fluid Amoled yang melengkung ke tepi peranti berserta kadar segar semula 90hz.
Terdapat pengimbas cap jari optikal dibawah skrin tersebut yang juga menyokong HDR10+.
Rekaan kamera belakang tidak berbentuk bulat seperti 7T, tetapi berbentuk memanjang ke bawah.
Ia dilengkapi 3 kamera di belakang dengan 48MP (f/1.6) utama, 8MP (f/2.4) 3X zum, 16MP (f/2.2) sudut ultralebar. Mod makro yang diperkenalkan dalam 7T juga dibawa masuk untuk 7T Pro.
Di dalam, ia dijana oleh Snapdragon 855+ bersama 8GB RAM dan menyokong pengecasan pantas 30T yang 23% lebih laju berbanding 7 Pro.
Storan dalaman hanya mempunyai satu versi sahaja bersaiz 256GB yang berasaskan UFS 3.0. Bateri pula hanya mempunyai sedikit peningkatan sebanyak 4,085mAh berbanding 4,000mAh berbanding 7 Pro.
Bersama-sama dengan 7T Pro, edisi khas McLaren berwarna tema hitam dan kuning turut dilancarkan. Ia mempunyai 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.
Edisi McLaren juga mempunyai ciri eksklusif seperti tema McLaren, latar belakang, ikon dan sisi skrin melengkung peranti yang menyala kuning jika mendapat notifikasi.
Kedua-dua model peranti menjalankan OxygenOS 10 berasaskan Android 10 dan dijual di pada harga £699 (~RM3,645) dan £860 (~RM4,482) untuk edisi McLaren.
Berkaitan
- Siri AMD Ryzen 4000 Diumumkan - APU 7nm Pertama Untuk Platform x86 Dengan 8 Teras Dan 16 Bebenang
- Pos Malaysia Beri Notis Kelewatan Barang Pengeposan Dari Dan Ke China
- Carbon 1 Mark II - Peranti Pertama Di Dunia Dengan Bahan Binaan Gentian Karbon
- HONOR 9X Lite Dengan GMS Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 27 Mei Ini
- Ini Senarai Telco Dan Pelan Untuk Bantuan Internet Pelajar IPT B40
- Reaksi Awal Huawei P50 Pro - Rupa Beza, DNA Sama
- Redmi Note 9 Versi Asas Dilancarkan - Cip MediaTek Helio G85, Bateri 5020mAh, Kuad Kamera 48MP
- China Mahu Sekat Permainan Atas Talian, Parti Komunis China Ekstremkan Penapisan Politik
- LEGO Bakal Bina Kilang Sifar Karbon Pertama Di Negara Jiran
- OnePlus Nord Terima Pilihan Warna Baharu - Special Edition Gray Ash