Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 120hz

OnePlus Memaklumkan Berlaku Insiden Pencerobohan Ke Atas Data Pengguna Mereka

Diterbitkan November 25, 2019 oleh ariff bukhari

Sebahagian maklumat pelanggan OnePlus seperti e-mel dan alamat pengguna didapati terjejas dengan isu ini.

Firma pengeluar telefon pintar China, OnePlus memaklumkan bahawa telah berlakunya insiden pencerobohan data ke atas data-data pelanggan mereka minggu lalu.

Setakat ini, OnePlus hanya menyatakan ia dilakukan oleh “pihak ketiga” tanpa kebenaran telah menceroboh data pelanggan mereka.

Data-data yang terjejas dengan isu ini termasuklah alamat, e-mel, nama pengguna dan nombor hubungan. Walaubagaimanapun, OnePlus menyatakan data sulit pengguna seperti kata laluan, maklumat pembayaran dan akaun pengguna tidak terjejas dengan insiden ini.

“We want to update you that we have discovered that some of our users’ order information was accessed by an unauthorized party. We can confirm that all payment information, passwords and accounts are safe, but certain users’ name, contact number, email and shipping address may have been exposed. Impacted users may receive spam and phishing emails as a result of this incident.” Pasukan keselamatan OnePlus.

Susulan daripada insiden ini, pihak OnePlus telah bertindak dengan menyekat penceroboh daripada mengkases data pengguna mereka dan mengetatkan lagi kawalan keselamatan terhadap data pengguna mereka. Namun begitu, OnePlus tidak menyatakan jumlah pengguna yang terjejas dengan isu ini.

OnePlus telah memohon maaf atas insiden yang berlaku.

“We are deeply sorry about this, and are committed to doing everything in our power to prevent further such incidents. Please contact us with any questions or concerns at Customer Support.” OnePlus.

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY