Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Buds Pro 2

OnePlus Buds Pro 2 Dilancar, Ditala Dynaudio Dan ANC Dipertingkat

Diterbitkan Januari 6, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Sebelum ini, OnePlus telah mengadakan sebuah majlis besar di China di mana mereka mengumumkan keluaran siri OnePlus 11.

Namun, itu bukan satu-satunya peranti yang dikeluarkan oleh OnePlus. Selain daripada telefon pintar, OnePlus juga telah melancarkan fon putik yang baharu iaitu OnePlus Buds Pro 2.

OnePlus Buds Pro 2 Colors
Sumber: 91Mobiles

Fon putik ini merupakan pengganti bagi OnePlus Buds Pro di mana terdapat beberapa naik taraf telah dilakukan. Antaranya adalah pembatalan bunyi yang semakin baik, audio ruangan Dolby Atmos dan penalaan bunyi daripada Dynaudio.

Bekas bagi fon putik ini hampir sama sahaja seperti OnePlus Buds Pro iaitu berwarna dua-tona dan mempunyai tekstur matte.

Berkaitan

  • Canon Teruskan Inisiatif Bimbing Dalam Bidang Fotografi Dan Videografi
  • Malaysia Sasar Ada 10,000 Stesen Pengecasan EV Menjelang 2025
  • Pengguna Tiktok Kini Boleh 'Tag' Filem Yang Ditayangkan
  • Tonton Trailer Awal Filem Yang Diadaptasi Dari 'Game' PlayStation
  • Dakwa Peroleh Maklumat Calon Daripada SPA, Waspada Sindiket Penawaran Kerja

OnePlus Buds Pro 2 masih menggunakan pemacu yang sama sahaja iaitu 11mm dan 6mm planar diaphragm driver.

Fon putik ini menyokong Bluetooth 5.3 dan ciri ANC dapat menghalang sebarang bunyi latar belakang yang bising sehingga 48db.

Buds Pro 2 mampu menyokong codec AAC, SBC dan LC3 semasa pelancarannya. Malah, sokongan codec audio LHDC 5.0 untuk penstriman audio Bluetooth beresolusi tinggi akan tiba dengan naik taraf perisian yang akan datang.

Buds Pro 2 juga dilengkapi dengan mod low latency 54ms supaya persembahan permainan akan lebih laju serta lancar.

OnePlus menyatakan bahawa fon putik ini mampu bertahan sehingga 39 jam di dalam bekas pengecasannya tanpa ANC diaktifkan. Bekas tersebut boleh dicas dengan pengecas tanpa wayar Qi atau melalui USB-C.

OnePlus Buds Pro 2 hadir dalam dua variasi warna iaitu hitam dan hijau dengan harga bermula dari CNY 899 (~RM576). Jualan akan bermula di China iaitu pada 9 Januari manakala ketersediaan dan harga secara global akan didedahkan pada 7 Januari.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY