OnePlus 8T Disahkan Akan Menyokong Ciri 'Warp Charge 65'

Model terbaru telefon pintar dari OnePlus iaitu OnePlus 8T yang dijadualkan akan perkenalkan pada 14 Oktober nanti disahkan akan menyokong ciri pengecasan pantas 65W.

Ia didedahkan daripada perbualan e-mel antara CEO OnePlus, Pete Lau PCMag.

"We can now also exclusively confirm that it will have a new fast-charging tech, Warp Charge 65, which will deliver double the speed of OnePlus's already speedy Warp Charge 30T." PCMag

Dalam perbualan itu, Pete Lau memperincikan serba sedikit teknologi pengecasan pantas mereka itu.

Teknologi pengecasan pantas Warp Charge 65 tersebut mampu mengecas bateri peranti pada kapasiti 58% hanya dalam masa 15 minit, sementara isian penuh selama 39 minit.

OnePlus 8T dikhabarkan akan dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh.

Seperti semua tahu, OnePlus dan Oppo adalah syarikat yang berkaitan antara satu dengan lain. Tapi tidak diketahui sama ada teknologi Warp Charge 65 OnePlus adalah sama dengan teknologi 65W Super VOOC Fast Charge 2.0 milik Oppo.