Melihat kepada saiz peranti tersebut sudah semestinya ia adalah lebih kecil, namun untuk memanggilnya saiz kompak adalah amat jauh sekali. Dengan harga jualan yang lebih rendah, ia juga menawarkan spesifikasi sedikit rendah dari model OnePlus 8 Pro.
Bermula dengan paparan, ia berukuran 6.55 inci Super AMOLED dengan resolusi hanya setakat Full HD+. Kadar segar semula juga adalah sedikit rendah pada 90Hz.
Walau bagaimanapun dari segi warna dan kecerahan, ia adalah cemerlang dan setanding dengan model Pro.
Skrinnya mempunyai lengkungan yang tidak seagresif OnePlus 8 Pro jadi peminat masih ada pilihan untuk membeli model OnePlus terkini dengan paparan yang kurang melengkung.
Kamera swafoto juga adalah sama dengan model Pro dengan sensor 16MP yang direka dalam bentuk lubang pada paparan yang sama.
Selain itu, kamera belakang juga turut berbeza. Jika 8 Pro mempunyai 4 lensa, OnePlus 8 hanya mempunyai 3 lensa sahaja.
Walaupun sensor yang utama masih merupakan 48MP, ia bukannya sensor yang sama kerana ia adalah sensor IMX586. Tambahan lensa lain adalah 16MP sudut lebar dan 2MP lensa makro.
Bateri adalah sedikit kecil berbanding model Pro iaitu 4,300mAh, Namun ia merupakan naiktaraf yang besar jika dibandingkan dengan OnePlus 7T yang hanya 3,700mAh sahaja.
Untuk pengecasan ia masih menyokong teknologi klasik Warp Charge 30T, namun untuk pengecasan tanpa wayar ia hanya eksklusif pada model Pro sahaja.
Untuk prestasi OnePlus tidak memberikan kompromi. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 865 dengan sokongan rangkaian 5G. Konfigurasi memori juga adalah sama dengan pilihan RAM 8GB/12GB dan storan dalaman 12GB/256GB (UFS 3.0).
Jika ada bahagian yang berbeza dengan model untuk aspek prestasi, ia adalah OnePlus 8 hanya dimuatkan dengan teknologi RAM LPDDR4X sahaja.
Antara perkara menarik lain adalah sokongan pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan kemaskini motor getaran yang lebih kemas. Untuk OnePlus 8 terdapat pilihan warna yang sangat eksklusif iaitu Interstellar Grow. Pilihan lain adalah Glacial Green, Onyx Black, dan Polar Silver.
Harga jualan peranti ini adalah bermula $699 (~RM3,028) untuk model asas 8GB/128GB dan $799 (~RM3,461) untuk varian 12GB/256GB.
Berkaitan
- Xiaomi Mi Note 10 Kini Rasmi - Kamera 108MP Dengan Harga Bermula RM2,099
- Apple iPad Pro (2020) Dilancarkan: Apa Yang Terbaru Dan Menarik?
- MediaTek Umum Helio G80 - Cip Gaming Untuk Peranti Bajet
- Prestasi Low-light Huawei P40 Pro+ Lebih Bagus Dari Huawei P50 Pro?
- Apple Sedang Menguji Panel 120Hz Untuk iPhone 12 Pro
- Kamera Xiaomi Mi 10T Pro Peroleh Skor 118 Melalui DxOMark - Setaraf Dengan OnePlus 8 Pro
- HONOR 30S Dilancarkan Sebagai Peranti Pertama Dengan Cip Kirin 820 5G
- Microsoft Surface Pro X Kini Lebih Pantas Dengan Naik Taraf Cip SQ 2
- Samsung Lancarkan 980 Pro, SSD NVMe Berasaskan PCIe 4.0 Dengan Kelajuan Baca Sehingga 7000MB/s
- Sebab Mengapa Snapdragon 865 Tidak Mempunyai Modem 5G Secara Terbina