Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OMODA C7_1

OMODA C7 Dan OMODA C7 PHEV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 7, 2026 oleh Amsyar Latif

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV serba baharu, sekali gus menandakan ketibaan barisan SUV coupe premium itu ke pasaran tempatan menjelang pelancaran rasminya.

Sebagai panduan awal, OMODA C7 dianggarkan ditawarkan pada harga bermula RM160,000, manakala OMODA C7 PHEV pula sekitar RM180,000.

Harga muktamad akan diumumkan semasa pelancaran rasmi kelak.

OMODA C7 menggunakan enjin 1.6 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.

OMODA C7_2

Bagi varian OMODA C7 PHEV, ia didatangkan dengan sistem Super Hybrid System (SHS) generasi baharu yang menggabungkan enjin 1.5 liter turbo bersama transmisi Dedicated Hybrid Transmission (DHT).

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model menampilkan identiti “Art in Motion” dengan rekaan hadapan Shark Nose, lampu LED penuh serta elemen pencahayaan heksagon yang memberikan penampilan moden dan futuristik.

OMODA C7_3

Bahagian kabin pula dilengkapi paparan infotainmen 15.6 inci beresolusi 2.5K, kluster instrumen digital 8.88 inci, tempat duduk hadapan larasan elektrik dengan fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar 50W bersama sistem penyejukan serta cermin hadapan berkembar (double-glazed).

Untuk kegunaan harian, ruang but menawarkan kapasiti 614 liter dan boleh diperluaskan sehingga 1,371 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Model ini turut dilengkapi pakej Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) serta pelbagai ciri ketersambungan pintar.

Bersempena pembukaan tempahan, OMODA | JAECOO Malaysia turut mengadakan pratonton eksklusif OMODA C7 dan OMODA C7 PHEV di Suria KLCC dari 7 hingga 9 Ogos 2026, membolehkan orang ramai melihat kedua-dua model dengan lebih dekat sebelum pelancarannya.

Berkaitan

  • Sedia 6 Petak Servis Pantas, OMODA | JAECOO Sasar Servis Lebih 600 Kereta Sebulan Di Selayang
  • U Mobile Dinobat Rangkaian 5G Terpantas Di Malaysia Bagi Q1–Q2 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY