NVIDIA Turing Membuat Kemunculan Melalui Quadro RTX: Kad Grafik NVIDIA Menggunakan Kaedah Ray Tracing

Senibina Turing membuat penampilan pertama dengan kad grafik NVIDIA terbaru Quadro RTX 8000, RTX 6000 dan RTX 5000 yang disasarkan untuk kumpulan profesional grafik.



Turing menggantikan Pascal dan disebut-sebut sebagai kad grafik ray-tracing pertama di dunia yang didakwa NVIDIA boleh mensimulasi dunia nyata sehingga 6 kali lebih laju dari generasi terdahulu. Teknik ray-tracing merupakan teknik rendering yang lebih perlahan tetapi menggunakan sumber grafik yang lebih tinggi. Teknik ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja pemprosesan grafik tinggi yang digunakan oleh industri perfileman dan TV.



RTX Turing ini dikuasakan oleh teras yang dipanggil RT Cores bagi mempercepatkan operasi perkomputeran bagi menentukan bagaimana bunyi dan cahaya berinteraksi dengan persekitraran di dalam dunia 3D. Generasi terbaru ini mampu melakukan pengiraan sehingga 10 GigaRays per saat.



Berikut merupakan sedikit spesifikasi mengenai NVIDIA RTX Quadro:



































GPU Memori NV Link Ray Tracing CUDA Cores Tensor Cores
Quadro RTX 8000 48GB 96GB 10 GigaRays/saat 4,608 576
Quadro RTX 6000 24GB 48GB 10 GigaRays/saat 4,608 576
Quadro RTX 5000 16GB 32GB 6 GigaRays/saat 3,072 384

Ketiga-tiga kad grafik Quadro ini boleh digabungkan antara satu sama lain menggunakan NVIDIA NVLink.

GPU Quadro ini juga akan menjadi yang pertama yang menyokong USB-C dan VirtualLink untuk generasi baharu headset VR. Selepas ini, headset VR tidak memerlukan sehingga 3 kabel (HDMI, USB 3.0, kabel kuasa) dan digantikan dengan hanya satu kabel USB-C.

NVIDIA Quadro akan dijual dengan harga bermula RM 9,421 untuk kad permulaan, Quadro RTX 5000 sehingga RM 40,965 untuk Quadro RTX 8000.

Berkaitan