Mengikut Jensen Huang, pengasas dan CEO NVIDIA;
Turing membuka satu dunia baru untuk gaming yang memperlihatkan ciri dunia nyata dengan ray tracing, sesuatu yang masih percaya hanya boleh dicapai dalam masa 10 tahun lagi.
Kad terbaru NVIDIA ini dilengkapi dengan ciri-ciri yang belum pernah ada di dalam kad grafik gaming termasuklah:
- Teras RT yang membolehkan objek dan persekitaran dikesan dengan ketetapan bayang, pantulan, pembiasan dan termasuklah pencahayaan global.
- Tensor Core bagi melakukan proses rangkaian neural yang mendalam.
- Senibina Turing yang baharu bagi membantu proses shader untuk mendapatkan butiran yang tinggi.
- Sistem memori baharu, GDDR6 dengan memori jalur lebar melebihi 600GB/s.
- NVIDIA NVLink bagi menggantikan teknologi SLI yang digunakan untuk tetapan lebih dari 1 kad grafik di dalam satu PC.
- Sokongan terhadap USB-C dan VirtualLink yang membolehkan headset generasi baharu digunakan bersama-sama kad grafik NVIDIA dengan hanya menggunakan satu sambungan USB-C.
Founder's Edition
NVIDIA juga mengumumkan kad grafik NVIDIA Founder's Edition yang direka khas untuk peminat mereka dengan penalaan yang lebih dari kad grafik reference.
Spesifikasi Antara Kad Founder's Edition & Reference
Harga
Harga untuk kad NVIDIA RTX 2070 akan bermula dari $499 (RM 2,044.65), NVIDIA RTX 2080 $699 (RM 2,864.15) dan NVIDIA RTX 2080 Ti $999 (RM 4,093.40). Ini adalah untuk kad reference dari NVIDIA. Kad dari pihak ketiga lain seperti ASUS dan MSI mungkin akan ditawarkan pada harga yang lebih murah.
Untuk Founder's Edition pula, berikut merupakan harga jualan kad tersebut:
Diingatkan yang NVIDIA RTX 2070 Founder's Edition tidak lagi dibuka untuk pra-tempahan.
Prestasi
Dari segi prestasi pula, Huang mendakwa kad Turing memberikan 6X lebih prestasi berbanding kad terdahulu, Pascal dan mampu memberikan gaming 4K dengan 60fps. Ianya juga bergantung dengan permainan yang terlibat kerana teknik ray tracing tidak lagi digunakan dengan meluas oleh pembangun permainan.
Sumber: TechPowerUp, VideoCardz, HOTHardware
Berkaitan
- Pengeluaran OnePlus 5 Akan Dihentikan
- Tawaran Lebih Dari RM 800,000 Untuk Penggodam Mencari Pepijat Yang Menjejaskan Peranti Telefon Pintar
- Komiti Olimpik Mengiktiraf Yang eSukan Merupakan Salah Satu Aktiviti Sukan
- Prototaip Xiaomi Mi Mix 2 Yang Tertiris Menunjukkan Siapa Yang Handal Dalam Kategori Skrin Paparan Penuh
- Samsung S9+ Diuji Di Geekbench; Butiran CPU Dan RAM Didedahkan
- Apple Watch Generasi Pertama Tidak Lagi Disokong Dengan Kemaskini Terbaru
- Asus Isyaratkan Peranti Permainan Daripada Mereka
- Jeremy Clarkson Tidak Percaya Akan Kereta Panduan Sendiri
- CEO Apple Tim Cook Menjual Saham Apple Berjumlah RM 184 Juta
- MediaTek Berpendapat Harga Telefon Pintar Terlalu Tinggi