Nvidia Melepaskan 2 Kemas Kini Terbaru Kepada Pengguna

Kemas kini bagi menghalang eksploitasi pengubahan kod dan kebocoran maklumat pengguna.


Pembangun cip grafik komputer terkemuka, Nvidia telah melepaskan 2 kemas kini terbaru iaitu NVIDIA® GeForce Experience dan NVIDIA GPU Display Driver untuk pengguna baru-baru ini.

Ia adalah bagi menampal kecacatan pada 2 perisian produk mereka yang didapati boleh menyebabkan eksploitasi oleh penggodam bagi melakukan pengubahan kod dan mengakses data peribadi pengguna.

Bagi NVIDIA® GeForce Experience™, terdapat 3 komponen utama yang ditambah baik iaitu berkaitan servis  GameStream, Downloader dan local service.

Manakala bagi NVIDIA GPU Display Driver pula, sebanyak 9 komponen diperbaiki iaitu 4 di bahagian kernel, masing-masing 1 di bahagian NVIDIA Control Panel dan local service serta 3 lagi di bahagian NVIDIA Virtual GPU Manager.

Kesemua kecacatan pada produk Nvidia dilaporkan oleh penyelidik dari ACTIVELabs, Universiti Teknologi Chengdu dan SafeBreach Labs

Sumber: ZDNet