Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CEO Nvidia Dilihat Santai Makan ‘Tepi Jalan’

CEO Nvidia Dilihat Santai Makan ‘Tepi Jalan’

Diterbitkan Disember 13, 2023 · Dikemas kini Disember 13, 2023 oleh ariff bukhari

Walaupun dianggarkan bernilai $42 bilion (~RM196 bilion), Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang, dilihat santai menikmati hidangan makanan jalanan Vietnam tanpa jaket kulit yang biasa dipakainya.

Foto beliau itu dirakam ketika berada di sebuah restoran kaki lima di Luong Ngoc Quyen Street (Hanoi). Jensen Huang memang dikenali reputasinya yang selesa menikmati kehidupan ringkas.

Huang dijadualkan akan bertemu dengan syarikat teknologi Vietnam dan pihak berkuasa negara itu untuk menubuhkan pangkalan dan membangunkan industri semikonduktor negara tersebut.

Ia selepas beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mengesahkan bahawa Nvidia akan membangunkan infrastruktur AI negara bersama YTL Power.

CEO Nvidia Dilihat Santai Makan ‘Tepi Jalan’
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan YTLGroup dan Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Corporation di Pejabat Perdana Menteri, 8 Disember, 2023. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri.

Nvidia telah melabur AS$250 juta (1.17 bilion) di Vietnam, menurut Reuters. Vietnam kini dilihat sudah mempunyai kilang-kilang pemasangan cip yang besar, termasuk salah satu kemudahan terbesar Intel.

Vietnam boleh menjadi lebih penting apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China berterusan.

Berkaitan

  • Infrastruktur AI Malaysia Dibangunkan YTL Power Dan Nvidia
  • Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
  • Ini Senarai Carian Paling Banyak Dibuat Rakyat Malaysia Tahun 2023
  • Aplikasi iman Pro Versi 7 Dilancar, Kini Berwajah Baharu

Sumber:  Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY