Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri GPU Nvidia RTX 3000 Akan Dipasarkan Bermula Harga RM2,399 Di Malaysia

Seorang Pemilik Komputer Terkejut Temui Benda Asing Berupa Kondom Di Dalam Kad Grafik Nvidia RTX 3090 Miliknya

Diterbitkan Ogos 25, 2021 · Dikemas kini Ogos 25, 2021 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna komputer di negara Belanda bernama Antony ter Horst baru-baru ini telah berkongsikan penemuan benda asing yang pelik di dalam komputer miliknya.

Penemuan benda asing itu berlaku selepas dia mendapati suhu pada kad grafik komputer yang digunakannya iaitu Nvidia RTX 3090 sering meningkat tinggi mencecah sehingga 110 darjah selsius hanya selepas seminit dua komputer tersebut dihidupkan.

Ekoran itu, dia bertindak membuka kad grafik tersebut bagi menggantikan pad termal kad grafik tersebut yang disangkanya sebagai punca kepada peningkatan suhu tersebut.

Tetapi sebaik membuka kad grafik tersebut, Antony amat terkejut kerana mendapati terdapat sarung berupa kondom melekat pada papan litar kad grafik tersebut.

finger cot
Kredit: Reddit antonyjeweet

Namun begitu, selepas diselidiki sarung tersebut dia mengsyaki bahawa  sarung seakan kondom itu sebenarnya adalah sarung jari (finger cot) yang digunakan oleh pekerja kilang yang memasang kad grafik tersebut.

Mungkin secara tidak sengaja sarung jari itu tertanggal dan melekat pada unit kad grafik yang dibelinya sejak dari proses pemasangan produk di kilang lagi.

Seorang Pemilik Komputer Terkejut Temui Benda Asing Berupa Kondom Di Dalam Kad Grafik Nvidia RTX 3090 Miliknya
Finger cot. Kredit: Wikipedia

Selepas mengeluarkan sarung jari itu, kad grafiknya kembali berfungsi pada suhu sekitar 86 darjah selsius sahaja.

Kad grafik Nvidia RTX 3090 telah pun dilancarkan pada September tahun lalu. Harga jualan kad grafik ini adalah berharga dari RM7,208.00.

Menurut Nvidia, RTX 3090 adalah 10%-15% lebih pantas berbanding RTX 3080 dari aspek permainan 4K.

Sumber: PCMag, Reddit

Baca juga: Nvidia: RTX 3090 Adalah 15% Lebih Pantas Dari RTX 3080 Untuk Permainan 4K

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY